Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Thursday, March 19, 2009

Semuanya Kerana Terpaksa.....Apa Boleh Buat...




Tanggal 16 hb mac 2009 , aku melapor diri bertugas di Jpj Perak berjawatan sebagai Pegawai pengangkutan Jalan Tingkatan Kanan Tertinggi..Sebelumnya pada 15hb mac 2009 kebetulan jugak hari perkahwinan adik Fakrurazi aku terpaksa pulang awal kerana terpaksa melapor diri di Ipoh... Walaupun berat untuk pergi tapi demi tugas terpaksa juga aku hadapi...

Aku sedar tentu pelbagai perkataan yang kurang enak telah didengari kerana meninggalkan majlis terlalu awal iaitu pada jam 2.30 ptg..sedangkan majlis kenduri tu masih berjalan.. bayangkanlah !

Tapi aku pasrah je.. buat-buat tak tahu.. khas untuk tatapan ahli keluarga semua..
Aku pulang awal atas beberapa sebab:
  1. Terpaksa berkemas barang-barang yang nak dibawa dari Perlis ke Perak
  2. Kalau bertolak lewat tentu memenatkan dan sampai jugak terlalu lewat
  3. Kawan sedang menunggu kt Tol A.Setar Utara..
  4. Tempat tidur belum pasti kt mana di Perak kerana aku tak pernah sampai lagi di sana
  5. Perjalan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam
  6. Pukul 5 baru dapat bertolak dari Perlis dan sampai jam 9.00 mlm..
  7. Terpaksa merayau-rayau kt Bandar Ipoh untuk mencari tempat untuk tidur
Mungkin akan ada suara-sura sumbang mengatakan kenapa tidak tangguh pertukaran tersebut..Sebenarnya aku telah tangguh sejak dari bulan febuari lagi..16 hb adalah tarikh akhir utk lapor diri dan tidak dibenarkan tangguh lagi..
Diharap dengan jawapan ini tidak timbul lagi sebarang kemuskilan dari semua ahli keluarga dan orang-orang kampung..
Kalau ada sebarang teguran dari semua ahli keluarga dipersilakan..
Aku sedia mendengar komen-komen tu..

No comments: