Pages

Sunday, January 2, 2011

KEINDAHAN TAMAN REKREASI GUNUNG LANG...

Sempena cuti panjang akhir tahun 2010 karg telah menghabiskan masa ke Gunung Lang..Satu tempat yang menarik dan sesuai bagi mereka yang mahu menghilangkan penat serta merehatkan minda..Tempatnya tidak jauh dari rumah karg dan mengambil masa hanya 10 minit dari rumah..Walaupun Gunung Lang merupakan taman rekreasi tapi untuk ke sana kita perlu menaiki bot...

Kelihatan air terjun dari atas bukit yang menceriakan suasana jika melawat Gunung Lang...


Untuk ke Gunung Lang , terpaksa menaiki bot yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh..Tambang hanya RM3.00 aje...



Menaiki bot merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan....




Menara semasa zaman penjajahan dahulu sebagai tinggalan sejarah hingga kini...





Rumah tradisional yang masih kelihatan ciri-ciri asal pembinaan nampak utuh sampai ke hari ini...