Pages

Thursday, January 29, 2009

HANTARAN PERKAHWINAN FAKRURAZI

Hantaran ni dibuat sempena majlis perkahwinan Fakrurazi yang akan berlangsung tidak lama lagi... Buat yang simple jer.. Coklat yang diukir berbentuk buat nenas..

Friday, January 23, 2009

Gembira & Syukur ,Tapi Sedih pun Ada,,.

Hari ni tanpa disangka-sangka aku mendapat sepucuk surat dari Putrajaya..Mula-mula risau jgak apa isinya...Tapi selepas dibuka, rupa-rupanya aku ditawarkan kenaikan pangkat..Gembira tidak terkata kerana apa yang diidamkan selama ini tuhan telah tunaikan..Aku bersyukur padamu ya Allah..

Memang sudah menjadi lumrah dunia ni apa yang indah tu ada ujiannya..Walaupun ditawarkan pangkat aku dikehendaki bertukar ke negeri Perak..Aduh sedih rasanya...Kena lapor diri bulan depan..Terpaksa tinggal semuanya yang kt Perlis..Berat hati untuk pergi tapi apakan daya...Aku sememang begitu serasi berada di Perlis..Walaupun dulu pernah bekerja di Terengganu namun Perlis banyak mengubah suka duka hidupku..Terpaksa tinggalkn rumah yang baru dibeli..kawan2 , kenangan2 yang indah di sini..malah kebun dan tanah di kampung terpaksa dibiarkan tanpa terurus..bila dikenang sedih sungguh rasanya....

Tapi aku akan cuba ... Demi untuk Negara kemana saja aku rela..Mungkin aku lapor diri keseorangan dulu..Bila dah selesai semuanya baru berpindah ke sana..Tempat baru tentu rasa kurang selesa sehingga aku dapat menyesuaikan diri..

Ipoh sebuah bandar yang sangat asing bagiku..Malah aku belum pernah sampai ke situ..Harap2 tiada masalah bila aku di sana..

Saturday, January 17, 2009

Kunjungan Kak Balkis Sekeluarga Ke Perlis


































Baru-baru ni Kak Balkis & Abang Wahab sekeluarga mengunjungi rumah saya di Perlis . Mereka baru balik dari Mekah menunaikan Haji..Banyak buah tangan dari sana saya dapat antaranya air zam2, daging unta , kopiah , Kain sejadah , Biji tasbih , Wangian, baju ,makanan ringan dll..Terimakasih kt Kak Balkis kerana ingat juga kt adik dia di Malaysia..Semoga dia & Abang Wahab mendapat haji Mabrur... amin...

Petua Bagi Suami Untuk Menambat Hati Isteri ?....

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

*Sentiasa berdoa agar disayangi.

*Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

*Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

*Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

*Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

*Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

*Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

*Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

*Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

*Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

*Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

*Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

*Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

*Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

*Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

*Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

*Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

*Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

*Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

*Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

*Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

*Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

*Ajak isteri berjalan-jalan tanpa sebarang gangguan...

*Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

*Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

*Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

*Sentiasa lakukan ibadah bersama.

*Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

*Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

*Urut belakang isteri sekali sekala.

*Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

*Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

*Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

*Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

*Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

*Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

*Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

*Lebihkan isteri daripada anak-anak.

*Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

*Seeloknya masuk tidur serentak.

*Belai isteri sebelum pergi kerja.

*Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

*Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

*Lakukan riadah bersama isteri.

*Pergi berkelah sekali sekala.

*Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.


Fakta Sejarah.... Betul ke?

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)


Di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3:
selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso:
selamat pagi


Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang


Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)


Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3:
Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…
J

Tuesday, January 13, 2009

HIDUP = 3HARI+2NAFAS

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ..
. Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Danmereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Saturday, January 10, 2009

Cetusan Hati Pergolakan di Gaza...



Tentera Yahudi ganas dan memberontak.....
Kanak-kanak dan wanita ditembak...
Gaza dibom jadi padang jarak...

Biar dunia bising dan cuba menggertak...
Tak ubah hanya seperti bukit yg disalak
Yahudi terus berlagak.....
Menjadi Ya'juj Ma'juj yang merosak
Menjadi Dajal yang memijakbumi
Palestin yang dikoyak rabak .....

Mereka yg berpesta hanya tahu melalak
Terkinja dan melompat seperti katak ........
Malam tahun baru disambut sambil berteriak
Membilang jarum jam macam budak-budak ......


Termasuklah pemimpin negara yang kononnya bijak
Dengan tari, nyanyi dan (arak?)
Hati hitam,kotor dan berkerak
Diri hanya tahu bergelak....
Tiada sayu, malu dan sebak .......


Melihat umat diratah dan dibentakterus ditembak dan ditembak ......
Dan Melayu hanya terus bersorak, melalak dan melalak....