Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, July 23, 2013

SURAT DARI PEMAJU PERUMAHAN...



Ikatan Ficus Sdn. Bhd. (667787-U)
Simpang Perupok, Kubor Panjang, 06760 Pendang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-784 6244 / 6530    Fax : 04-784 8461
E-mail : ikatanficus@yahoo.com


17 Julai 2013

Encik Abu Bakar bin Ahmad
Kampung Bendang Raja,
Jalan Tualak, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH RUMAH KEDIAMAN 1 TINGKAT DI ATAS
LOT PT 681, KAMPUNG BENDANG RAJA, JALAN TUALAK, KUALA NERANG, KEDAH.

Perkara di atas dan perbincangan kita (En. Abu Bakar, En. Zulkifli dan Fuad) pada 6 hb Julai 2013 di tapak projek adalah berkaitan.

Seperti perbincangan kita, secara dasarnya persetujuan telah dibuat di antara kita dimana pihak tuan ingin melantik kami sebagai kontraktor membekal bahan binaan dan membina rumah kediaman 1 tingkat di Lot PT 681, Kampong Bendang Raja, Jalan Tualak, Kuala Nerang, Kedah.

Di dalam perbincangan tersebut penentuan harga telah pun dipersetujui dengan nilai  RM 174,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu Sahaja) bagi skop kerja seperti berikut:

I)                    Membina rumah yang lengkap bagi keluasan 2000 kaki persegi seperti di pelan dan membina sebuah garaj berkeluasan 400 kaki persegi.
II)                  Tambahan RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) sekiranya pakej membina sebuah gazebo kayu berukuran 8 kaki x 6 kaki.

Walau bagaimanapun setelah penelitian pelan yang dibekalkan kepada kami ukuran sebenar bagi cadangan projek ini ialah 49 kaki 8 inci x 42 kaki 4 inci iaitu 2100 kaki persegi. Oleh yang demikian kami memohon tambahan nilai sebanyak RM 6000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) bagi menampung kos bahan binaan dan upah secara minima.

Diharap mendapat pertimbangan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.