Pages

Saturday, December 19, 2009

NASYID...

Nasyid merupakan suatu nyanyian yang bercorak keagamaan...Biasanya mengandungi kata-kata nasihat , kisah para nabi, memuji kebesaran Allah dan sebagainya..Dahulu Nasyid lebih mengutamakan irama padang pasir tapi kini telah wujud pelbagai alunan..Tanpa disedari telah menyebabkan ianya semakin diterima oleh masyarakat kita hari ini..



Seperti Malaysia amnya wujud berbagai kumpulan nasyid yang begitu popular masakini seperti Raihan , Hijaz , In Team , Rabbani , Brothers , Diwani , Saujana dan sebagainya..Malah tumbuh bagai cendawan kerana mendapat sambutan dari orang ramai..


Harapan kita semoga nasyid terus hidup subur dan dapat diterima sebagai altenatif bagi mengantikan hiburan masa kini yang lebih banyak melalaikan..


( Karg bergambar bersama ketua Kumpulan Nasyid Hijaz- Gambar Sekadar Hiasan )

KUNJUNGAN KE PESTA PULAU PINANG 2009...

Pada kesempatan tahun ini , karg telah berkunjung ke Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong yang diadakan tiap-tiap tahun bermula 21hb Nov. hingga 31 Dis....Berbagai aneka pamiran dan jualan dapat dinikmati di sini..Tentu akan rasa puas hati..
Bergambar kenangan dengan maskot harimau yang menjadi simbol Kerajaan negeri...

Bergambar bersama Linda yang bakal menjadi tunang Hafiz ( Anak Saudara) tidak lama lagi yang kebetulan menetap di Pulau Pinang...


Berbagai aneka permainan yang menyerikan lagi Pesta Pulau Pinang..



Friday, December 18, 2009

BERIADAH KE TAMAN NEGARA PULAU PINANG....

Taman Negara Pulau Pinang agak unik kerana menggabungkan antara hutan dan laut..Sememangnya khazanah negara yang perlu dipeliharai... Karg mengambil kesempatan mengunjungi setelah balik bercuti dari kampung sempena perkahwinan adik Aina baru-baru ni...
Bergambar di hadapan kaunter penerangan pelancongan taman negara..Kebetulan Hafiz yang merupakan anak saudara bertugas di kaunter ini..

Kalau nak tengok pulau & persekitaran dengan jelas boleh gunakan teropong yang disediakan..


Penyu yang menjadi tarikan untuk pengunjung ke taman negara Pulau Pinang di Teluk Bahang..



Di ruang pamiran taman negara..




Laluan untuk pejalan kaki disediakan untuk kemudahan mengelilingi taman negara.. Tapi jaraknya agak jauh dan memenatkan..jangan lupa bawa air minuman untuk menghilangkan rasa letih...Pengalaman yang pasti menyeronokkan..