Pages

Friday, October 28, 2011

USIA AMIR BAKHIYUDDIN KE- 150 HARI

Masa berlalu dengan begitu cepat sekali..Tanpa disedari usia Amir Bakhiyuddin telah pun menjangkau ke 150 hari..Semoga apa yang karg paparkan ini dapat menjadi kenangan buat beliau suatu hari nanti..









Sunday, September 11, 2011

USIA AMIR BAKHIYUDDIN KE-100 HARI




Gambar ini di ambil ketika umur Amir Bakhiyuddin mencapai hari ke-100..Iaitu pada hari karg mengadakan Aqiqah (hari raya ketiga aidil fitri 2011)..Nampak ketara kecerian di wajahnya..Dia mula belajar senyum dan sudah mengenali ibu dan bapanya..Karg bersyukur kerana keadaannya dah bertambah sihat dan berat badan sudah mula meningkat..Jelas sekali nampak semakin bertubuh..

Tuesday, September 6, 2011

MAJLIS AQIQAH , BERENDOI DAN BUKA MULUT SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2011









Pada hari raya ketiga aidil fitri 2011 baru-baru ni, karg telah mengadakan majlis aqiqah , berendoi dan buka mulut bersama-sama dengan adik beradik yang lain..Buka mulut telah dilaksanakan oleh Tuan Guru Pok Teh Mat Padang Nyior..Majlis yang sederhana ringkas tapi tetap meriah dengan kehadiran jiran-jiran sekampung..Disamping itu juga tidak ketinggalan saudara mara turut hadir..Karg bersyukur kerana telah selesai menjalani ibadah Aqiqah yang menjadi tuntutan agama bagi setiap anak yang baru lahir..

Monday, August 29, 2011

BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI KELUARGA KARG




Pada 29 Ramadhan tahun ni.. Karg berkesempatan berbuka puasa ramai-ramai bersama ahli keluarga dari Kedah..Antara yang hadir adalah Bateh , Kak Nab , Kak Jah,Naim dan Iman..Kebetulan mereka semua datang ke Manjung untuk mengambil Adik mie yang kemalangan kat Pantai Remis..Teruk jgak kemalangan tu hingga menyebabkan kerosakan di bahagian hadapan kenderaan..Kereta Avanza tu terpaksa di baiki di Bengkel di Sitiawan..Dan kami juga sempat sembahyang sunat terawih bersama-sama yang di imamkan oleh Bateh..Seronok sekali rasanya..teringat kembali alangkah indahnya kalau dapat berbuka bersama emak seperti suatu masa dulu..tapi apakan daya emak telah pergi terlebih dahulu..sedih rasanya bila emak dah tiada di dunia ini lagi..Kini baru terasa begitu bernilainya jasa emak kepada kami semua...Moga rohnya di tempatkan oleh Allah bersama-sama dengan orang-orang Soleh..Amin

Saturday, August 27, 2011

Friday, August 26, 2011

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA- SPEEDTRAP OPS SIKAP HARI RAYA AIDIL FITRI 2011

PLUS Arah Utara ( dari KL ):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit
Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la
kat situ)


PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan
Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit
Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak


PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam


KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala
Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi
Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang
(70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak
Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Friday, August 19, 2011

KERJAYAKU......




Masa berlalu begitu cepat..Tanpa disedari kejayaku sebagai Pegawai Pengangkutan Jalan telah menjangkau melebihi 18 tahun sebagai Anggota Perkhidmatan Awam..Banyak suka duka telah ditempohi sepanjang tempoh tersebut..Pengalaman banyak mengajar tentang erti kehidupan..Alhamdulillah aku diberi kehidupan yang baik oleh Allah..Walaupun pendapatanku tak seberapa namun cukup untuk menyara kehidupanku sekeluarga..Banyak negeri telah ku bertugas demi untuk menyambung kehidupan ini.Kini kerjayaku berada dikemuncak..Sekarang aku sebagai Timbalan Ketua Cawangan..Merangkap sebagai Ketua Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan Motor ..Banyak pengalaman ku menjadi rujukan pegawai bawahan..Bukan tujuan untuk berbangga semata-mata tapi sebagai tanda syukur yang tidak terhingga atas kejayaan yang Allah berikan ini..


Friday, August 12, 2011

UDDIN DAN NAURAH....

Kedatangan Mak Usu ke Manjung menambahkan lagi kecerian karg sekeluarga.Nampak sekali Uddin begitu bersemangat dapat kawan baru..Walaupun belum mengerti apa-apa ternyata Uddin begitu riang dan tidak banyak menangis..Mungkin seronok dengan kedatangan Naurah ...

Uddin dan Naurah sudah pandai bergaya di hadapan kamera..


Gelagat Uddin yang cuba menghisap jari Naurah..





Wednesday, August 10, 2011

GELAGAT AMIR BAKHIYUDDIN YANG MENGHIBURKAN....



Amir Bakhiyuddin mula menunjuk reaksi bila dipanggil namanya dan mula kenal mak dan bapanya..Saat yang cukup indah dan tak dapat digambarkan pada diri karg..Setelah melalui pelbagai ujian akhirnya baby semakin sihat ...Pada bulan Ramadhan kali ini karg dan isteri tidak lagi merasa kesunyian setelah bertahun lamanya melalui detik-detik yang memilukan..Nikmat ini mungkin tidak dirasai pada orang yang tidak pernah diuji oleh Allah..

Kebisingan mula terasa bila Amir Bakhiyuddin menangis apabila kehendaknya tidak dipenuhi..Suasana yang tidak pernah dilalui selama ini..Ramadhan kali ini sungguh bermakna bagi karg dan isteri..Lebih-lebih lagi bakal menyambut Aidil Fitri tidak lama lagi..Air mata ini mengalir sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga padamu Ya Allah..Insyallah akan tunaikan segala amanah yang kau berikan kepada kami...

Wednesday, August 3, 2011

MAJLIS BERCUKUR RAMBUT...

Seperti yang dirancang sebelum ini..Sekiranya Amir Bakhiyuddin dapat keluar wad dan pulang ke Manjung sebelum Ramadhan akan diadakan Majlis Bercukur dan kenduri kesyukuran..Oleh kerana dapat pulang pada awal 1 Ramadhan maka majlis kenduri telah ditukar dengan penghantaran makanan berbuka puasa dari rumah ke rumah pada sebelah petang..Manakala majlis bercukur telah diadakan pada sebelah pagi 03 Ramadhan bersamaan 03 Ogos 2011 jam 11.00am..Alhamdulillah akhirnya hajat karg tercapai juga ...
video

SALAM RAMADHAN...




Bersyukur kita semua pada Allah kerana pada tahun ini kita diketemukan sekali lagi dengan Ramadhan..Semoga kita merebut peluang yang Allah berikan ini..Perbanyakkan ibadah dan sedekah sempena bulan yang mulia ini..Pada diri karg sendiri , insyaallah akan menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut dalam agama dan cuba mengawal hawa nafsu dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya..Pada 1 ramadhan ini juga karg bersyukur pada Alllah kerana baby Amir Bakhiyuddin telah keluar dari Wad di Penang dan telah kembali ke rumah di Manjung..Setelah 70 hari di uji dengan pelbagai ujian akhirnya Allah makbulkan doa karg selama ini..Hanya padamu Ya Allah aku bersyukur...

Friday, July 29, 2011

UCAPAN TAHNIAH SERTA HADIAH UNTUK KELAHIRAN...





Karg mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih pada saudara mara serta rakan yang tak putus-putus mengucapkan tahniah samada secara berdepan atau pun melalui facebook..Di samping itu banyak hadiah-hadiah yang diterima sempena kelahiran Amir Bakhiyuddin..Juga tidak ketinggalan pada rakan-rakan sepejabat yang telah menhulur derma ikhlas disamping mendoakan kesihatan baby..Tak terbalas semuanya..Hanya pada Allah karg bersyukur atas ingatan dan doa semua..Moga Allah yang membalasnya..

Sunday, July 17, 2011

CAHAYA MATAKU... AMIR BAKHIYUDDIN...










Setelah 54 hari berada di wad ,cahaya mataku Amir Bakhiyuddin mula menunjukkan perkembangan semakin positif..Alhamdulillah karg bersyukur kepada Allah kerana baby tidak lagi menggunakan oksigen selepas pembedahan menutup injap jantung ( PDA )..Berat badannya mula naik sedikit demi sedikit dan sekarang mencapai 2.75kg...Menurut doktor mungkin seminggu dua lagi dapat keluar dari wad jika perkembangannya terus bertambah baik..Karg amat berharap kepada Allah jika dapat keluar wad sebelum bulan Ramadhan nanti..Insyaallah karg akan mengadakan kenduri kesyukuran dan cukur rambut di Manjung ..Disamping itu juga Tok Wan Amir Bakhiyuddin di kampung ( Pak Haji Ahmad ) akan mengadakan majlis Aqiqah dengan menyembelih seekor lembu pada hari raya ketiga nanti bersama-sama dengan cucunya yang lain iaitu anak Aina( Siti Nurain Naurah ) dan Anak Mohamad Rashidi( Siti Salwa)..

Monday, July 4, 2011

PERKEMBANGAN TERKINI AMIR BAKHIYUDDIN SELEPAS PEMBEDAHAN



Alhamdulillah ...syukur pada Allah..Setelah selesai menjalani pembedahan kini keaadaan Amir Bakhiyuddin semakin stabil dan telah dipindah dari wad icu jantung ke wad biasa..Walaupun masih dengan bantuan oksigen tetapi karg bersyukur perubahan nampak semakin positif..Terima kasih karg ucapkan kepada saudara mara dan sahabat handai yang sentiasa mendoakan keselamatan Amir Bakhiyuddin ...Karg juga berterimakasih tidak terhingga kepada isteri yang sabar menjaga baby walaupun sudah lebih daripada sebulan berada di wad..Harapan karg agar semuanya dipermudahkan oleh Allah dan baby cepat sembuh..

Tuesday, May 31, 2011

ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI ALLAH...



Tanggal 25.05.2011 hari Rabu bersamaan 22 Jamadulakhir 1432 hijrah jam 08.28 pagi di hospital Manjung , Perak . Maka lahirlah anak ke empat karg yang diberi nama Amir Bakhiyuddin..Doa karg moga Allah panjangkan umurnya, baik tingkah lakunya, cantik dan sempurna rupa parasnya, ..Karg sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini..Walaupun sebelum ini kakaknya Asma Bakitah, Abangnya Amir Borhanuddin dan Amir Badarudin telah pergi terlebih dahulu karg tetap redha dengan kehendaknya..

Amir Bakhiyuddin seperti abang dan kakaknya juga lahir tidak cukup bulan (pramatang) ketika kandungan baru 34 minggu dan beratnya hanya 1.9kg sahaja..Walaupun sepatutnya dia lahir pada minggu 38-40 , tetapi doktor tidak mahu mengambil risiko dan mempercepatkan kelahiran..Proses kelahiran secara pembedahan dilakukan..

Selepas pembedahan dilakukan , Amir Bakhiyuddin mengalami masalah pernafasan kerana paru-paru belum matang sepenuhnya.Mesin bantuan pernafasan yang telah disediakan untuknya di Hospital Manjung telah digunakan oleh oleh bayi lain yang terdahulu..Karg dalam keadaan serba salah dan panik..Manakala doktor yang merawatnya tidak mengambil apa-apa langkah yang sepatutnya..Terdapat doktor pelatih mengambil kesempatan untuk membuat ujian darah terhadap baby hingga bengkak seluruh kaki dan tangan jadi kebiru-biruan..

Akhirnya doktor pakar membuat keputusan supaya baby karg dihantar segera ke Ipoh untuk bantuan pernafasan..Tiba-tiba Hospital Ipoh menyatakan mesin bantuan pernafasan telah digunakan sepenuhnya..Maka karg lebih bertambah runsing dan banyak berdoa supaya Allah sentiasa permudahkan segala urusan..Setelah doktor berhubung dengan Hospital Penang , barulah ada alat tersebut..Baby dibawa dengan ambulan jam 2.00 petang ke Penang..

Manakala ibunya pula berada di wad hospital manjung..Ibu di Perak dan anak di Penang..Dalam masa yang sama karg terpaksa menguruskan kedua-duanya sekali..
Karg cuba menenangkan ibunya walaupun karg sendiri rasa tetekan..Hanya Allah saja yang tahu..Sambil menerangkan keadaan sebenar kepada ibunya , air mata ini mengalir tanpa dipaksa..
Pada hari ketiga kelahirannya mujurlah keluarga dari kampung datang untuk memberi semangat kepada karg..Antara yang hadir ialah Kak Balkis , Kak Nab , Kak Jah , Bateh ,Naim serta Iman..Keesokannya kami sama-sama ke Penang untuk mengetahui keadaan baby di sana..Sampai disana karg rasa sungguh bersyukur kerana baby dapat bertahan melalui alat bantuan pernafasan..Ramai juga ahli keluarga yang ziarah termasuk pak,tok embun, Aina, Haslam dan Su serta Hafiz bersama isterinya Linda turut hadir.Bamat (adik Bateh) bersama isteri dan anak-anak juga turut hadir...Mereka semua memberi semangat dan peransang supaya karg tabah dengan ujian Allah ini..Karg rasa amat bersyukur sekali di dalam suasana pilu ini walaupun air mata menitis tetapi tetap sabar dengan ujian Allah ini..Lebih-lebih lagi isteri karg walaupun dalam keadaan amat sedih dan masih tidak berapa sihat dan dalam pantang tetap sabar dan bersedia untuk menjaga anaknya dekat Hospital Penang..
Setelah 5 hari , baby mula menunjukkan reaksi yang positif dan bertambah baik serta bantuan pernafasan telah dihentikan..Karg sentiasa berdoa dan mengharapkan Allah makbulkan segala doa karg selama ini...Sesungguhnya inilah Anugerah yang tidak ternilai dari mu , Ya Allah..Amin


Friday, May 27, 2011

SALAM ZIARAH KELUARGA DARI KAMPUNG KE MANJUNG

Pada hari ini , tanggal 27 hb mei 2011 , keluarga karg dari kampung di Kedah sempat ziarah ke Manjung,Perak..Kedatangan mereka sempena cuti sekolah sambil menziarahi isteri karg bersalin..Terimakasih karg ucapkan kepada keluarga dari kampung yang prihatin..Kesempatan masa yang ada karg berkesempatan bawa mereka jalan-jalan sekitar Marina Island , Teluk Batik dan Lumut

Di hadapan komplek jeti Marina Island untuk ke Pulau Pangkor...

Kenangan diabadikan..Kak Balkis, Naim,Kak Nab bergaya di hadapan Gerbang Pantai Teluk Batik...



Kak Nab dan Kak Balkis bergambar ditepi pantai sebagai kenangan..





Selamat datang ke Pantai Teluk Batik...Destinasi pelancongan utama kalau keluarga dari kampung datang ke Manjung







Kak Balkis masih sempat telefon ke kampung sambil ronda-ronda..( best tau mai manjung katanya..)









Sempat untuk membeli belah makanan laut di Lumut...











Tuesday, May 17, 2011

KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...


1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain hodoh.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain jahil.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Monday, May 2, 2011

SALAM ZIARAH RAKAN KARG DARI PERLIS...

Malam tadi karg telah dikunjungi oleh rakan-rakan dari Perlis ( Keluarga Anuar dan Man )yang kebetulan baru balik dari Pulau Pangkor sempena cuti hari pekerja 1 mei 2011..Mereka menginap di Crystal Bay Resort , Teluk Batik..Sebenarnya 7 keluarga semuanya tetapi 2 keluarga sahaja yang sempat ziarah ke rumah karg..Karg telah menjemput mereka dekat resort selepas maghrib dan membawa mereka ke rumah karg di Seri Manjung...



Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan rakan karg dari Perlis...


Suasana agak keletihan di lewat malam, sehingga ada yang tertidur...




Man dan anaknya sedang relax2 sambil ingin menyatakan sesuatu...( maklum la dah lama tak jumpa )






Monday, April 25, 2011

KALAU SUAMI...( SEKADAR SELOKA )

Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

Saturday, April 16, 2011

APABILA KITA....

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila kita dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hati kita. Dia Maha Adil.

Apabila hati kita terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat kita, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila kita lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup kita ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan kita digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani kita, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling kita tidak mahu mendengar suara dan keluhan kita, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila kita miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila kita keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan diri kita kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut luka kita dicederakan lagi, hati kita dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.