Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, December 2, 2013

PEMASANGAN ATAP GENTING TELAH SELESAI









Seperti yang dijanjikan pemasangan atap genting telah berjaya diselesaikan mengikuty jadual dan 60 % keseluruhan rumah berjaya disiapkan..Selepas ini pihak kontraktor akan melakukan proses plaster pada dinding pula...

Monday, November 11, 2013

PROJEK PEMBINAAN TELAH MASUK FASA KE-3 ( 50 % TELAH SIAP )

Hari ini ketika karg pulang ke kampung iaitu pada 06.11.2013 , telah siap sebanyak 50% projek pembinaan iaitu telah masuk fasa ke-3.Rangka bumbung besi berjaya disiapkan dan dalam sehari dua lagi atap akan dipasang pada bumbung yang telah siap tersebut..Fasa ke empat selepas ini adalah membuat pendawaian letrik dan proses plaster akan diteruskan..Di bawah ini karg sertakan gambar sebagai rujukan...







Wednesday, October 16, 2013

PROSES PEMBINAAN BERJALAN LANCAR DAN 40 % BERJAYA DISIAPKAN...


Perkembangan projek berjalan lancar seperti yang dijadualkan..40 % berjaya disiapkan..Binaan beam bahagian atas selesai dan menunggu masa untuk dibuat kerangka bumbung besi selepas ini...Kalau tak da masalah selepas ini akan siap bumbung dan akan selesai sebanyak 70% keseluruhan projek..

Tuesday, September 24, 2013

PEMBINAAN RUMAH SUDAH MASUK FASA KE-2

Hari ini 24.09.2013 , pembinaan rumah telah siap sebanyak 30% seperti yang dijadualkan..Kemungkinan harga barang akan meningkat sebanyak 15% pada bulan depan ( Oktober 2013 ) seperti yang dimaklumkan oleh pihak kontraktor...Namun pihak kontraktor telah berjanji tidak akan menaikkan harga pembinaan kerana masih tertakluk pada perjanjian asal..Di bawah ini karg sertakan gambar untuk rujukam..











Monday, September 9, 2013

PEMBINAAN RUMAH BARU BERMULA...

Alhamdulillah syukur...Seperti yang dirancangkan sebelum ini selepas hari raya aidilfitri 2013 pembinaan rumah dimulakan..Setakat hari ini 07/09/2013 sebanyak 10% berjaya disiapkan mengikut jadual..Dibawah ini disertakan gambar sebagai rujukan di masa hadapan...












Tuesday, July 23, 2013

SURAT DARI PEMAJU PERUMAHAN...



Ikatan Ficus Sdn. Bhd. (667787-U)
Simpang Perupok, Kubor Panjang, 06760 Pendang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-784 6244 / 6530    Fax : 04-784 8461
E-mail : ikatanficus@yahoo.com


17 Julai 2013

Encik Abu Bakar bin Ahmad
Kampung Bendang Raja,
Jalan Tualak, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH RUMAH KEDIAMAN 1 TINGKAT DI ATAS
LOT PT 681, KAMPUNG BENDANG RAJA, JALAN TUALAK, KUALA NERANG, KEDAH.

Perkara di atas dan perbincangan kita (En. Abu Bakar, En. Zulkifli dan Fuad) pada 6 hb Julai 2013 di tapak projek adalah berkaitan.

Seperti perbincangan kita, secara dasarnya persetujuan telah dibuat di antara kita dimana pihak tuan ingin melantik kami sebagai kontraktor membekal bahan binaan dan membina rumah kediaman 1 tingkat di Lot PT 681, Kampong Bendang Raja, Jalan Tualak, Kuala Nerang, Kedah.

Di dalam perbincangan tersebut penentuan harga telah pun dipersetujui dengan nilai  RM 174,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu Sahaja) bagi skop kerja seperti berikut:

I)                    Membina rumah yang lengkap bagi keluasan 2000 kaki persegi seperti di pelan dan membina sebuah garaj berkeluasan 400 kaki persegi.
II)                  Tambahan RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) sekiranya pakej membina sebuah gazebo kayu berukuran 8 kaki x 6 kaki.

Walau bagaimanapun setelah penelitian pelan yang dibekalkan kepada kami ukuran sebenar bagi cadangan projek ini ialah 49 kaki 8 inci x 42 kaki 4 inci iaitu 2100 kaki persegi. Oleh yang demikian kami memohon tambahan nilai sebanyak RM 6000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) bagi menampung kos bahan binaan dan upah secara minima.

Diharap mendapat pertimbangan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Monday, May 27, 2013

SENARAI KONTRAKTOR BINAAN DI KEDAH

Berikut saya senaraikan kontraktor yang aktif di kedah sebagai rujukan:

1)SBO Idaman Enterprise


Perkhidmatan membina rangka bumbung besi dan membekal steel roof truss, concrete roof, tile dan lain-lain kerja yang berkaitan. ...

A-3 Taman Wira Mergong
Jalan Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star
Kedah

Hubungi: En. Suhaime Bin Othman

No. Tel:
No. Faks:
H/P: 019-4063431

2 )Atsas Enterprise


Kontrak binaan ...


No 2913 B Lorong Uda 2
Taman Uda
05350 Alor Star
Kedah



Hubungi: En. Saiful Adli

No. Tel: 04-4398733
No. Faks:
H/P:

3)Damia Abadi Enterprise


pemasangan tiles untuk rumah dan kabinet

...



695, Jalan Maheran 22
Taman Tengku Maheran Jitra
06000 Alor Star
Kedah



Hubungi: Mat Rodzi Omar

No. Tel:
No. Faks:
H/P: 012-5867987

Email: radzi2903@yahoo.com

4 )FOCUS BUILDERS & ENGINEERING


KAMI MERUPAKAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA YANG BEROPERASI DI SG.PETANI BERPENGALAMAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN BINAAN/UBAHSUAI RUMAH ...



Sg Petani
08100 Sungai Petani
Kedah



Hubungi: HAFIZ

No. Tel:
No. Faks:
H/P: 0194762543

Email: focus_bae@yahoo.com





5 )Hiasan Jaya Enterprise


Hiasan dalaman dan kontraktor kelas F. Perkhidmatan kami-karpet,kain langsir,wallpapaer,blind. Mengecat bangunan,design & perabot,partition,railing. serta mengubahsuai pejabat. ...


No. 20 Taman Pandan
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star
Kedah



Hubungi: En. Ibrahim Bin Jonit

No. Tel: 04-7305080
No. Faks: 04-7355080
H/P: 019-4453868

6 )MMS Utara Enterprise


Kontraktor binaan,perkhidmatan dan bekalan. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan, PKK dan CIDB. ...


22, Simpang Empat Kuar,
KM 13, Alor Janggus
06250 Alor Star
(Luar Kedah)



Hubungi: En Ahmad

No. Tel: 012-4938576
No. Faks: 04-7343629
H/P: 012-4938576

Email: mad_6413@yahoo.com

7)Ikatan Ficus (Padang Terap) Sdn Bhd


Membekalkan bahan binaan dan hardware
Menyediakan khidmat kontraktor binaan, paip dan pendawaian elektrik
Menyediakan khidmat rundingan pembinaan

...



Kampung Padang Nyior
Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
Kedah



Hubungi: En.Nordin Puteh

No. Tel: 04-7860086
No. Faks: 04-7860086
H/P:

Email: ikatanficus@yahoo.com


Tuesday, May 21, 2013

SFESIFIKASI BANGLO IDAMAN


UNIT : 1 Sahaja
HARGA : RM 142,000.00
REKABENTUK : Moden
STATUS TERKINI : Dalam Proses
TEMPOH SIAP : 6-8 bulan setelah projek dimulakan

LOKASI
MUKIM : Belimbing Kiri
KAMPUNG : Bendang Raja , Kuala Nerang , Kedah

KEMUDAHAN :
- Berdekatan kawasan rumah sedia ada
- Berdekatan dengan Masjid Kg. Bendang Raja
- Berdekatan dengan Kebun Getah Pemilik rumah
- 3 Meter dari jalan utama
- 10 Minit Ke Pekan Kuala Nerang
- 40 Minit ke Bandar Alor Setar
- 30 Minit ke Bandar Jitra dan Durian Burung
- 55 Minit ke Bandar Kangar

JENIS RUMAH: Banglo Setingkat
KELUASAN : 2300kps - 2400 kps
KELUASAN TANAH : ½ Ekar
KAWASAN : Bebas Banjir
BILIK : 4 Bilik
BILIK AIR: 3 Bilik Air
RUANG : Ruang Tamu, Ruang Keluarga, Dapur Basah , Dapur Kering
STRUKTUR BANGUNAN
RANGKA : Rangka konkrit bertetulang
DINDING : Batu bata berplaster
BUMBUNG : Genting konkrit jenama Monier
RANGKA BUMBUNG : Keluli tahan karat
KEMASAN
RUANG TAMU : Jubin seramik
RUANG LAIN : Jubin 1' x 1' di keseluruhan ruang
BILIK AIR : Jubin 8" x 10" untuk dinding & jubin 8" x 8" untuk lantai
SILING : Plaster di keseluruhan ruang dalam & Asbestos untuk bahagian luar
CAT LUAR : Cat tahan cuaca jenama ICI @ Nippon @ Jotun @ Sisson @KCC,
CAT DALAM : Emulsi
PINTU : Pintu kayu keras
TINGKAP : Aluminium bercermin
ELEKTRIK
SOKET : Soket Kuasa 13 Amp dengan kabel 2.5mm
LAMPU : Downlight & lampu hiasan dengan kabel 1.5mm
KIPAS : Siling dengan alatur dan kabel 1.5mm
AIRCOND : Di bilik Utama dan ruang tamu

Tuesday, May 14, 2013

MENYEDIAKAN BUDGET UNTUK PEMBINAAN RUMAH...

Sebelum projek ini dimulakan karg telah menyediakan budget  keseluruhannya supaya tidak terbengkalai..Anggaran kos lebih kurang RM150,000.00.. Sebagai contoh dan panduannya karg nyatakan dibawah ini untuk rujukan...

Bahan Binaan
Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya
Kerja-kerja konkrit :
     ·   Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
  ·          Bata simen - RM0.21 satu
·          Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·          Pasir kasar - RM 40 satu ela
·          Pasir halus - RM 45 satu ela
·          Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
·         Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
·         Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
·         Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
·         Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
·         Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
·         Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
·         Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
·         Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
·         Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
·        U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
·         Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
·         Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
·          Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
·         Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
·         Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
·         Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
·          Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
·         Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
·          Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
·         Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
·         Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
·         Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
·        Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
·        Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
·        Skru atap - RM 35 sekotak
·         L bracket - RM 1.50 satu
·         Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
·         Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
·         Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
·         Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
·         Wheel barrow - RM 70 satu
·          Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
·          Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
·         Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
·          Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
·         Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
·        Tanah merah - RM 25 satu ela
·         Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH ), tetapi ada setengah kos upah berdasarkan kaki..contohnya 1 kaki persegi rm16.00 , kalau luas rumah 2400 kaki persegi , upahnya
adalah RM38400.00

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
·          Beli barang - RM 80081
·         Upah pekerja - RM 44370
·          Ukur tanah - RM 350
·         Bersih tapak rumah -RM 1750
·        Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
·        Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
·        Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
·         Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350  )
·          Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah