Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Thursday, April 9, 2009

Jangan Kita Sangka Buruk.....


Sangka buruk sememangnya haram dan berdosa . Ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk pada hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya...

Sedarlah...
Jangan kita terlaku menyangka seseorang itu terlalu lemah hanya kerana dia tidak terpelajar, tidak memiliki ijazah yang berjela-jela....Apatah lagi untuk menulis yang bukan kepakaran darinya..

Percayalah..
Ilmu itu perlu dicari..bukan sekadar berbangga dengan apa yang kita ada..oleh itu hindarilah prasangka buruk pada seseorang akibat terlalu ghairah dengan kebolehan yang kita ada..

Oleh itu..
Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan jangan terlalu ego dengan kebolehan yang kita ada. Allah lebih mengetahui segala-galanya yang ada dalam hati kita..Tiada untungnya kita prasangka buruk terhadap teman sekerja, sahabat ,jiran-jiran , lebih-lebih lagi kaum kerabat atau pun keluarga kita sendiri..

6 comments:

ieda said...
This comment has been removed by the author.
ieda said...

Salam..

Posting yg mempunyai maksud yg mendalam. Hanya penulis yg tahu hal sebenar maksud nak disampaikan.

Ilmu perlu dicari bukan untuk dibanggakan atau lebih sesuai berlagak. Tetapi di galakkan berkongsi pengetahuan yg ada dan bukan untuk memperlekehkan org lain.

Kekadang bagi org sprti Ieda (yg tak terpelajar, spm jer) pengetahuan di cari untuk mengikuti perkembangan zaman. malangnya ada individu (yg pernah masuk u dpt degree) asyik mempertikaikan pgtahuan yg sedikit ini tanpa di ketahui tujuan sebenar. Hingga mengecilkan hati.Tapi bukan semua org pandai sebegitu. Hya sorg dua ajer.

Bila tak pandai ngaji kita (ida) menulis hanya untuk berkongsi dengan rakan dan ahli keluarga untuk mereka tahu pandangan atau perasaan sebenar yg tak mampu kita kongsi melalui kata2. Melalui penulisan lebih berkesan sbb khuatir dengan kata2 akan timbul salah faham lebih2 lagi kpd org yg tak suka dgn kita yg serba kekurangan ini. Tp nak menulis sesuatu yg berat tak termampu.

Nak tahu maksud sebenar kata2 mereka sebaiknya kita tya apa tujuan kata2 itu diungkapkan agar tidak salah faham. Mungkin maksud nya lain tp kita berpendapat sebaliknya.Kiranya berterusterang lebih baik dari berdiam diri agar tidak timbul pelbagai spekulasi.

Rasanya setiap org ada sifat tidak baik dlm diri cuma mampukah kita mengawalnya. Hanya kita dan Allah yg tahu isi hati kita. Org lain hanya mampu menilai.Tak semestinya nilaian mereka itu betul.

Tp bukan semua bersangka buruk kpd kita sekiranya mereka benar2 mengenali kita.

Wallahualam.

Anonymous said...

Saya menyokong penuh artikel karg tentang buruk sangka ni...mmg ramai manusia selalu sangka buruk pada seseorang hingga tidak sedar apa yang diungkapkan benar-benar menyakiti hati orang lain..

:: eyeNa :: said...

betul tu.. cek pon sama.. cek rasa rendah diri n lemah je nak tulis blog tau. sbb tu cek pernah takmo tulis, sbb rasa mcm apa yg cek tulis mst ada yg tak kena n mcm2 laa..walaupun cek cuba nak letak tazkirah atau tentang agama, cek risau nnti dikatakan nak tunjuk pandai,copy paste atau tak cari sumber yg benar.sebenarnya tujuan cek sekadar nak kongsi apa yg cek dapat.tak niat lain lebih dari tu. hahai rasa semangat balik bila baca artikal ni.kalau tak down juga. sedih sbb mcm serba tak kena je diri ini..terima kasih yaa bacat.. adik sayang bacat..!

Suhaimi Ahmad said...

Salam Bacat,

kalau artikel kami membuat mu terasa kami minta maaf.

Artikel tu bukan tujuk kat mu.

Kami pernah komen kat blog NaimKN, lepas tu post artikel menerangkan lebih lanjut tentang perlu berhati-hati dalam menulis.

Tak pernah niat kami nak rendahkan sesiapa. Degree kami pun tak de nilainya pun.

La ni lansung xde sijil, kena kerja sampai pencen kat sini...

Cuma kami tetap dengan pendapat; hadis maudhu' tak boleh disebarkan.

HANG TUAH said...

HARAP KARG TULIS LAA PA2 PUN...YANG PENTING IKHLAS DAN TIDAK DITUJUKAN KEPADA SESIAPA SECARA MEMBUTA TULI.. TERUSKAN ARTIKEL ANDA..SYABAS SAYA UCAPKAN..
HIDUP KARG..