Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, June 2, 2014

KABINET DAPUR SIAP SEPENUHNYA...

Kabinet dapur iaitu dapur kering dan dapur basah berjaya disiapkan sepenuhnya..Pemilihan warna telah dilakukan agar nampak sesuai dengan bentuk dapur..Walaupun ruang kecil tapi nampak menarik dan kemas...




Wednesday, May 21, 2014

PEMBINAAN RUMAH HAMPIR SIAP . ......

Pembinaan kini sudah masuk fasa akhir untuk disiapkan..Hanya tinggal 5% peratus sahaja lagi untuk disiapkan..Insyaallah kalau tak ada apa-apa halangan hari raya puasa akan datang akan siap sepenuhnya...




Monday, May 19, 2014

PENAMBAHAN AKSESORI DI DALAM RUMAH




Perancangan seterusnya adalah mencantikkan suasana di dalam rumah supaya nampak lebih menarik dan memberi kepuasan bila kita berada di rumah..Seperti kata rumahku syurga ku..Antara ruang yang diberi keutamaan adalah dapur serta ruang keluarga..

Thursday, April 17, 2014

KERJA-KERJA MENGECAT RUMAH HAMPIR SELESAI

Segala kerja yang dirancang iaitu mengecat rumah diteruskan dan sudah hampir selesai secara keseluruhanya..Keadaan cuaca yang agak panas memang sesuai untuk kerja mengecat..




Monday, April 7, 2014

PEMASANGAN TILES SEDANG GIAT DIJALANKAN...





Keseluruhan projek sudah menjangkau 95% untuk disiapkan..Sekarang sedang giat dilakukan pemasangan tiles untuk keseluruhan rumah..Gambar di atas menunjukkan tiles di kawasan tandas dan kawasan parking hampir siap..




Friday, January 24, 2014

PROJEK PEMBINAAN RUMAH TELAH SELESAI SEHINGGA LAPAN PULUH PERATUS

Walaupun berada  jauh diperantauan , namun projek perumahan yang dirancang tetap berjalan seperti biasa..Setakat ini telah siap 80% keseluruhannya.. Plaster keseluruhan rumah beserta parking telah siap dan akan diteruskan dengan pemasangan siling pula selepas ini...Karg berharap sebelum raya aidil fitri tahun 2014 siap sepenuhnya...Di bawah ini karg sertakan gambar atas bantuan adik suhaimi yang tolong ambil gambar untuk rujukan..



Monday, December 2, 2013

PEMASANGAN ATAP GENTING TELAH SELESAI









Seperti yang dijanjikan pemasangan atap genting telah berjaya diselesaikan mengikuty jadual dan 60 % keseluruhan rumah berjaya disiapkan..Selepas ini pihak kontraktor akan melakukan proses plaster pada dinding pula...

Monday, November 11, 2013

PROJEK PEMBINAAN TELAH MASUK FASA KE-3 ( 50 % TELAH SIAP )

Hari ini ketika karg pulang ke kampung iaitu pada 06.11.2013 , telah siap sebanyak 50% projek pembinaan iaitu telah masuk fasa ke-3.Rangka bumbung besi berjaya disiapkan dan dalam sehari dua lagi atap akan dipasang pada bumbung yang telah siap tersebut..Fasa ke empat selepas ini adalah membuat pendawaian letrik dan proses plaster akan diteruskan..Di bawah ini karg sertakan gambar sebagai rujukan...







Wednesday, October 16, 2013

PROSES PEMBINAAN BERJALAN LANCAR DAN 40 % BERJAYA DISIAPKAN...


Perkembangan projek berjalan lancar seperti yang dijadualkan..40 % berjaya disiapkan..Binaan beam bahagian atas selesai dan menunggu masa untuk dibuat kerangka bumbung besi selepas ini...Kalau tak da masalah selepas ini akan siap bumbung dan akan selesai sebanyak 70% keseluruhan projek..

Tuesday, September 24, 2013

PEMBINAAN RUMAH SUDAH MASUK FASA KE-2

Hari ini 24.09.2013 , pembinaan rumah telah siap sebanyak 30% seperti yang dijadualkan..Kemungkinan harga barang akan meningkat sebanyak 15% pada bulan depan ( Oktober 2013 ) seperti yang dimaklumkan oleh pihak kontraktor...Namun pihak kontraktor telah berjanji tidak akan menaikkan harga pembinaan kerana masih tertakluk pada perjanjian asal..Di bawah ini karg sertakan gambar untuk rujukam..