Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, May 31, 2011

ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI ALLAH...



Tanggal 25.05.2011 hari Rabu bersamaan 22 Jamadulakhir 1432 hijrah jam 08.28 pagi di hospital Manjung , Perak . Maka lahirlah anak ke empat karg yang diberi nama Amir Bakhiyuddin..Doa karg moga Allah panjangkan umurnya, baik tingkah lakunya, cantik dan sempurna rupa parasnya, ..Karg sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini..Walaupun sebelum ini kakaknya Asma Bakitah, Abangnya Amir Borhanuddin dan Amir Badarudin telah pergi terlebih dahulu karg tetap redha dengan kehendaknya..

Amir Bakhiyuddin seperti abang dan kakaknya juga lahir tidak cukup bulan (pramatang) ketika kandungan baru 34 minggu dan beratnya hanya 1.9kg sahaja..Walaupun sepatutnya dia lahir pada minggu 38-40 , tetapi doktor tidak mahu mengambil risiko dan mempercepatkan kelahiran..Proses kelahiran secara pembedahan dilakukan..

Selepas pembedahan dilakukan , Amir Bakhiyuddin mengalami masalah pernafasan kerana paru-paru belum matang sepenuhnya.Mesin bantuan pernafasan yang telah disediakan untuknya di Hospital Manjung telah digunakan oleh oleh bayi lain yang terdahulu..Karg dalam keadaan serba salah dan panik..Manakala doktor yang merawatnya tidak mengambil apa-apa langkah yang sepatutnya..Terdapat doktor pelatih mengambil kesempatan untuk membuat ujian darah terhadap baby hingga bengkak seluruh kaki dan tangan jadi kebiru-biruan..

Akhirnya doktor pakar membuat keputusan supaya baby karg dihantar segera ke Ipoh untuk bantuan pernafasan..Tiba-tiba Hospital Ipoh menyatakan mesin bantuan pernafasan telah digunakan sepenuhnya..Maka karg lebih bertambah runsing dan banyak berdoa supaya Allah sentiasa permudahkan segala urusan..Setelah doktor berhubung dengan Hospital Penang , barulah ada alat tersebut..Baby dibawa dengan ambulan jam 2.00 petang ke Penang..

Manakala ibunya pula berada di wad hospital manjung..Ibu di Perak dan anak di Penang..Dalam masa yang sama karg terpaksa menguruskan kedua-duanya sekali..
Karg cuba menenangkan ibunya walaupun karg sendiri rasa tetekan..Hanya Allah saja yang tahu..Sambil menerangkan keadaan sebenar kepada ibunya , air mata ini mengalir tanpa dipaksa..
Pada hari ketiga kelahirannya mujurlah keluarga dari kampung datang untuk memberi semangat kepada karg..Antara yang hadir ialah Kak Balkis , Kak Nab , Kak Jah , Bateh ,Naim serta Iman..Keesokannya kami sama-sama ke Penang untuk mengetahui keadaan baby di sana..Sampai disana karg rasa sungguh bersyukur kerana baby dapat bertahan melalui alat bantuan pernafasan..Ramai juga ahli keluarga yang ziarah termasuk pak,tok embun, Aina, Haslam dan Su serta Hafiz bersama isterinya Linda turut hadir.Bamat (adik Bateh) bersama isteri dan anak-anak juga turut hadir...Mereka semua memberi semangat dan peransang supaya karg tabah dengan ujian Allah ini..Karg rasa amat bersyukur sekali di dalam suasana pilu ini walaupun air mata menitis tetapi tetap sabar dengan ujian Allah ini..Lebih-lebih lagi isteri karg walaupun dalam keadaan amat sedih dan masih tidak berapa sihat dan dalam pantang tetap sabar dan bersedia untuk menjaga anaknya dekat Hospital Penang..
Setelah 5 hari , baby mula menunjukkan reaksi yang positif dan bertambah baik serta bantuan pernafasan telah dihentikan..Karg sentiasa berdoa dan mengharapkan Allah makbulkan segala doa karg selama ini...Sesungguhnya inilah Anugerah yang tidak ternilai dari mu , Ya Allah..Amin


Friday, May 27, 2011

SALAM ZIARAH KELUARGA DARI KAMPUNG KE MANJUNG

Pada hari ini , tanggal 27 hb mei 2011 , keluarga karg dari kampung di Kedah sempat ziarah ke Manjung,Perak..Kedatangan mereka sempena cuti sekolah sambil menziarahi isteri karg bersalin..Terimakasih karg ucapkan kepada keluarga dari kampung yang prihatin..Kesempatan masa yang ada karg berkesempatan bawa mereka jalan-jalan sekitar Marina Island , Teluk Batik dan Lumut

Di hadapan komplek jeti Marina Island untuk ke Pulau Pangkor...

Kenangan diabadikan..Kak Balkis, Naim,Kak Nab bergaya di hadapan Gerbang Pantai Teluk Batik...



Kak Nab dan Kak Balkis bergambar ditepi pantai sebagai kenangan..





Selamat datang ke Pantai Teluk Batik...Destinasi pelancongan utama kalau keluarga dari kampung datang ke Manjung







Kak Balkis masih sempat telefon ke kampung sambil ronda-ronda..( best tau mai manjung katanya..)









Sempat untuk membeli belah makanan laut di Lumut...











Tuesday, May 17, 2011

KITA BUKANNYA BAIK SANGAT UNTUK CAKAP KITA BAIK...


1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain hodoh.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain jahil.

7. Kita bukanlah kuat untuk kata orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita tidak menghina orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jikalau kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Monday, May 2, 2011

SALAM ZIARAH RAKAN KARG DARI PERLIS...

Malam tadi karg telah dikunjungi oleh rakan-rakan dari Perlis ( Keluarga Anuar dan Man )yang kebetulan baru balik dari Pulau Pangkor sempena cuti hari pekerja 1 mei 2011..Mereka menginap di Crystal Bay Resort , Teluk Batik..Sebenarnya 7 keluarga semuanya tetapi 2 keluarga sahaja yang sempat ziarah ke rumah karg..Karg telah menjemput mereka dekat resort selepas maghrib dan membawa mereka ke rumah karg di Seri Manjung...



Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan rakan karg dari Perlis...


Suasana agak keletihan di lewat malam, sehingga ada yang tertidur...




Man dan anaknya sedang relax2 sambil ingin menyatakan sesuatu...( maklum la dah lama tak jumpa )






Monday, April 25, 2011

KALAU SUAMI...( SEKADAR SELOKA )

Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

Saturday, April 16, 2011

APABILA KITA....

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila kita dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hati kita. Dia Maha Adil.

Apabila hati kita terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat kita, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila kita lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup kita ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan kita digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani kita, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling kita tidak mahu mendengar suara dan keluhan kita, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila kita miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila kita keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan diri kita kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut luka kita dicederakan lagi, hati kita dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Saturday, April 9, 2011

TELUR AYAM DIPALSUKAN...

Apa nak jadi dengan dunia sekarang..Nak untung punya pasal hingga telur ayam pun ada yang palsu..Mengikut satu laporan telur ini lebih besar,tidak berbau dan tidak mempunyai rasa..Apabila dipecahkan ia tidak kelihatan pusat telur.. Di negara China , telur tiruan adalah menjadi perkara biasa..Telur tiruan mengandungi bahan kimia..Cengkerangnya dari Kalsium Karbonat ,putih telur dan kuning telur daripada Natrium alginat,alum,gelatin ,asid benzoik, kalsium klorida , air dan pewarna tiruan.. Telur tiruan tidak mempunyai sebarang khasiat...Awas kemunculannya dipasaran..

Sunday, April 3, 2011

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah.....

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakarah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia......

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit. Mereka terlalu teruja dan bila kenikmatan menjelma di depan mata tidak dapat mengawal perasaan hingga menampakkan secara jelas watak sebenar mereka..

Saturday, March 19, 2011

CARA MENGHILANGKAN PERASAAN MARAH

Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
  9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kesimpulannya : Seseorang yang mempunyai sifat pemarah biasanya tidak boleh menerima kelemahan diri sebaliknya menyalahkan orang lain dengan pelbagai alasan...Umpamanya jika kita melihat orang lain lebih hebat , berjaya , kaya dan sebagainya , maka kita cuba untuk merendahkan martabat orang itu dengan menyatakan orang itu sombong , lupa diri , cinta dunia dan sebagainya..tetapi pada hakikatnya kita cemburu dengan kejayaan orang lain sedangkan kita sendiri terlalu ego , bakhil ,tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya menganggap kita saja yang betul...

Wednesday, March 16, 2011

MERAIKAN PERKAHWINAN ASHAFIZI DI TANJUNG TOKONG,PULAU PINANG..

Sempena meraikan majlis perkahwinan Ashafizi pada 12.03.2011 (Sabtu) di Tanjung Tokong , Pulau Pinang..Sebahagian ahli keluarga berangkat lebih awal dan menginap di TM Resort Batu Feringgi..Majlis akad nikah telah diadakan sehari lebih awal iaitu pada hari jumaat 11.03.2011..Bagi mengisi kekosongan masa yang terluang, kesempatan diambil untuk jalan-jalan sekitar pulau pinang sambil makan-makan..




Di hadapan kolam renang TM Resort Batu Feringgi yang menjadi tempat penginapan seluruh ahli keluarga sempena meraikan perkahwinan Ashafizi di Pulau Pinang..
Sempat mengambil gambar sementara menunggu pengantin bersiap..




Berehat di ruang rehat resort sambil berbincang persiapan untuk ke rumah pengantin perempuan



Bergambar beramai-ramai di hadapan TM Resort Batu Feringgi sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan




Berehat sekejap di Dewan orang ramai tanjung tokong sebelum menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan...





Majlis makan beradab yang turut disertai oleh karg bersama pengantin...






Bergambar beramai-ramai seluruh ahli keluarga bersama pengantin sebelum berangkat pulang ke Kedah







KEMERIAHAN MAJLIS PERKAHWINAN ASHAFIZI ( ANAK SAUDARA ) DI KAMPUNG...

Pada hari selasa 15.03.2011 berlangsung majlis walimatul urus Ashafizi (anak saudara)..Kesemua ahli keluarga hadir membantu persiapan kenduri tersebut.Syukurlah semuanya sanggup berkorban tenaga , masa , wang ringgit tanpa mementingkan diri sendiri..Suasana persiapan sungguh meriah dengan turut dibantu oleh orang-orang kampung..

Orang-orang kampung membantu menyediakan pulut kacau (wajib)...
Adik Rasidi bersama isteri juga tidak ketinggalan turut membantu persiapan kenduri...

Kak jah walaupun kelihatan keletihan tetapi bersemangat meneruskan kerja-kerja yang masih belum siap...


Karg juga terlibat bersama-sama dengan persiapan kenduri..



Kak Nab dgn Hakim sedang mempersiapkan bilik pengantin...




Kak Yam dan anaknya asyik membungkus kuih muih tanpa disedari gambarnya telah diambil..





Sebahagian daripada penduduk sekitar sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk diberi pada tetamu pada hari kenduri nanti..

Gotong royong memotong daging merupakan tradisi pakatan kampung yang masih diamalkan hingga kini..Sungguh meriah kerana ramai yang terlibat secara sukarela..








Bergambar beramai-ramai dengan sebahagian ahli keluarga setelah majlis berakhir...









Sunday, February 20, 2011

SEHARIAN DI PENGKALAN TLDM LUMUT...

Semenjak menetap di Seri Manjung karg telah diziarahi oleh En.Zulnaidi yang merupakan orang sekampung karg di Kuala Nerang..Beliau bekerja sebagai anggota TLDM Lumut..Pada kesempatan yang ada karg telah dibawa oleh beliau untuk meninjau di dalam kawasan TLDM..Bukan senang untuk masuk ke situ kerana merupakan kawasan larangan..Sebelum masuk ke Pengkalan TLDM Lumut kita perlu mendaftar di pintu Pos Kawalan dan terpaksa meninggalkan kad pengenalan dan mendapat kelulusan untuk masuk ke dalam..Oleh kerana En.Zulnaidi yang menguruskan , semuanya tidak menjadi masalah kepada karg..


Di kawasan Armada TLDM ini merupakan tempat berlabuhnya kapal-kapal TLDM untuk dibaikpulih..
Kenangan indah ini diabadikan di hadapan pintu masuk Navy...

KD Pelandok antara pasukan TLDM yang begitu popular di peringkat antarabangsa..


Bukan senang untuk bergambar di hadapan Kapal milik TLDM ni..



Kelihatan En. Zulnaidi yang merupakan orang kampung karg yang bertanggungjawab membawa karg masuk ke Pengkalan TLDM..Beliau sekarang berkhidmat dengan TLDM Lumut..




Sekali sekala bergambar di batu besar Pengkalan TLDM ni seronok jgak , walaupun agak panas sedikit...





Nampak jelas dan dekat Pulau Pangkor jika berada di Pengkalan TLDM..






Tuesday, February 15, 2011

KEINDAHAN PANTAI TELUK SENANGIN...

Sememangnya Pantai Teluk Senangin di Seri Manjung merupakan destinasi perkelahan yang cukup sesuai di hari minggu..Tempatnya cukup indah dan menarik dan boleh mandi-manda kepada mereka yang gemar mandi laut..Pantainya cukup bersih dengan pasir yang putih sejauh mata memandang....





Di hadapan pintu gerbang untuk masuk ke Teluk Senangin.. Kalau berhajat hendak menginap terdapat banyak Chalet dan Motel kat sini dengan harga yang cukup berpatutan contohnya seperti Sri Senangin Village ni..

Ternyata cukup penat berjalan sekitar pantai Teluk Senangin..Namun terasa puas berjalan dan tidak sia-sia dapat sampai ke sini..


Suasana pantai yang luas memang cukup seronok untuk jalan-jalan sambil mencari ketenangan setelah penat bekerja sebelumnya..



Rehat sekejap dekat batu besar setelah penat berjalan sekitar pantai sebelum berangkat pulang..