Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, October 13, 2009

SAKIT DADA ----HARAP BERI PERHATIAN SERIUS


Pernahkah anda sakit dada? Adakah ia teramat sakit sehingga anda tidak mampu untuk bernafas atau bergerak? Bagaimanakah perasaan anda sewaktu mengalami sakit dada?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan kesakitan dada anda? Adakah anda panik pada ketika itu? Adakah anda terfikir bahawa apa yang anda alami ketika ini ialah serangan jantung atau penyakit jantung koronari? Sebahagian daripada kita lebih mengenalinya sebagai heart attack.

Pernahkah seseorang mengadu sakit dada kepada anda? Apakah tindakan segera anda?

Simptom sakit dada adalah di antara sebab utama pesakit datang ke hospital (Jabatan Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan.

Di Jabatan Kecemasan, pesakit yang mengadu sakit dada kemungkinan dikategorikan sebagai pesakit zon merah atau zon kuning bergantung kepada tahap teruknya kesakitan yang dialami.

Pesakit zon merah dianggap pesakit kritikal sementara pesakit zon kuning dianggap separuh kritikal.

Ini menunjukkan sakit dada adalah simptom atau penyakit yang serius dan mempunyai potensi menjadi bertambah teruk atau menyebabkan kematian. Doktor akan memeriksa dan merawat pesakit kategori ini dengan segera.

Kategori

Secara mudah, punca sakit dada dibahagikan kepada 2 kategori:

1) kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)

2) bukan kardio-pulmonari (berpunca daripada otot dada, salur penghadaman dan lain-lain).

Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius. Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut.

Oleh itu, telah menjadi kewajipan bagi seorang doktor untuk memastikan bahawa sakit dada anda bukannya berpunca daripada masalah jantung atau secara khususnya bukan berpunca dari penyakit jantung koronari.

Bila seseorang mengalami sakit dada atau mati mengejut, kebarangkalian besar ia berpunca daripada penyakit kardiovaskular atau jantung.

Ia diterjemahkan sedemikian berdasarkan statistik punca utama kematian dan kemasukan hospital di Malaysia dan di dunia.

Kebarangkalian mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi sekiranya pesakit sudah disahkan oleh doktor mempunyai masalah jantung atau mempunyai faktor-faktor risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Punca sakit dada disebabkan oleh penyakit kardio-pulmonari yang serius melibatkan:

1. Penyakit jantung koronari atau serangan jantung (heart attack)

2. Salur darah utama terkoyak (aortic dissection)

3. Keradangan jantung (pericarditis/myocarditis)

4. Pendarahan dalam jantung dan paru-paru (cardiac tamponade/hemothorax)

5. Kegagalan fungsi paru-paru (pneumothorax atau pulmonary embolism)

Koronari

Penyakit jantung koronari secara amnya disebabkan oleh pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.

Tanpa oksigen yang cukup, otot jantung akan cedera atau mati. Jantung yang cedera atau mati mengakibatkan kematian melalui tiga cara:

1) Kematian mengejut disebabkan oleh rentak jantung yang tidak normal

2) Kegagalan otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh badan

3) Kegagalan mekanikal disebabkan injap rosak atau dinding jantung terkoyak.

Kajian kes kematian akibat penyakit jantung koronari di Amerika Syarikat (AS) pada 1994 menunjukkan 52 peratus pesakit meninggal dunia di tempat kejadian, lapan peratus meninggal dunia dalam jangka masa 24 jam, 19 peratus meninggal dunia dalam jangka masa 48 jam dan 21 peratus lagi meninggal dunia dalam jangka masa 30 hari.

Apa yang dapat disimpulkan kadar kematian penyakit jantung koronari adalah tinggi dan kebanyakan daripada mangsa meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Andai di AS yang terkenal dengan tahap pendidikan dan kemudahan kesihatan yang tinggi dan canggih, apakah kebarangkalian kematian pesakit jantung koronari di negara kita sebelum tiba di hospital?

Ada beberapa postulasi kenapa kadar kematian di luar hospital adalah tinggi. Di antaranya ialah kegagalan mengenal pasti simptom sakit jantung, kelewatan meminta bantuan atau kelewatan memberi rawatan awal seperti rawatan renjatan elektrik (defibrilasi) dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Apakah simptom atau manifestasi awal penyakit jantung koronari? Sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti adalah antara manifestasi awal.

Ianya sakit yang teramat dan mencemaskan. Ada di antara para pesakit menyatakan ia seumpama terputus nafas atau hampir mati, dada seperti hampir pecah atau seumpama seekor gajah menghempap dada mereka.

Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada, terbakar dalam dada, ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat di dalam dada selama lebih dua minit.

Sakit dada penyakit jantung koronari bertambah jika pesakit meneruskan aktiviti atau stres dan ianya berkurangan atau hilang bila pesakit berehat atau menggunakan ubat pengembangan salur darah (GTN) di bawah lidah.

Kadang-kala sakit dada ini dapat dirasa pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit juga mungkin berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya, muntah dan berpeluh.

Ianya adalah suatu pengalaman yang mengerikan. Jika anda mengalami sakit dada selama lebih dari 10 minit semasa rehat, sila dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tindakan pantas

Apakah yang perlu anda lakukan bila saudara atau rakan anda mengadu sakit dada seperti yang diutarakan di atas?

Anda perlu yakin bahawa ianya adalah disebabkan oleh penyakit jantung koronari. Tindakan pantas anda mendail talian kecemasan 999 untuk mendapatkan perkhidmatan hospital atau segera menghantar pesakit ke hospital berhampiran berkemungkinan akan menyelamatkan nyawa atau mencegah kemusnahan otot jantung pesakit.

Buatlah panggilan secara efektif. Bertenang dan bernafas dengan betul. Jangan tergesa-gesa bila bercakap.

Kenalkan diri anda dan terangkan keadaan pesakit. Jangan lupa memberitahu lokasi anda dengan tepat.

Elakkan membuat panggilan sia-sia kepada kaum kerabat atau berbincang dengan doktor persendirian pesakit.

Masa adalah amat penting dalam rawatan penyakit jantung koronari. Kemusnahan otot jantung makin bertambah setiap minit sehingga aliran darah koronari kembali mengalir dengan efektif.

Tenangkan perasaan dan dudukkan pesakit dalam posisi rehat. Ini mungkin akan mengurangkan kesakitan pesakit.

Tunggu bersama pesakit sehingga bantuan tiba. Kemungkinan pesakit akan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas dan anda harus melakukan CPR.

Adalah menjadi harapan penulis di masa hadapan setiap kes sakit dada dinilai dan dirawat oleh kakitangan perubatan terlatih yang membawa peralatan dan ubat-ubatan lengkap ke tempat kejadian. Penulis percaya ianya mampu mengurangkan kadar kematian penyakit jantung koronari.

Setibanya di Jabatan Kecemasan, pesakit akan diperiksa oleh doktor. Elektrokardiografi (ECG) akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit dada dan kategori penyakit jantung koronari.

Hasil keputusan ini membantu doktor memberi rawatan yang tepat kepada pesakit. Ubat-ubatan yang akan diberi kepada pesakit ini termasuk oksigen, aspirin, plavix, GTN, morfin, heparin, streptokinase dan lain-lain.

Pakar jantung akan melakukan Intervensi Jantung Primer (Primary Coronary Intervention) atau pembedahan jika keadaan amat memerlukan.

Kesimpulannya, penyakit jantung koronari adalah pembunuh utama masyarakat Malaysia. Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat – makanan seimbang, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol, dan juga selalu berdoa kepada tuhan.

Sila ambil peduli jika anda, ahli keluarga atau rakan anda mengalami sakit dada. Bertindaklah sewajarnya kerana anda mampu menyelamatkan nyawa anda sendiri dan mereka yang tersayang. Allahualam.

~Petikan dari Dr Rashidi Ahmad (Utusan)

Saturday, September 26, 2009

SALAM ZIARAH DIK DIE SEKELUARGA...

Kenangan manis di hadapan rumah bersama kereta Proton Persona yang baru dibeli bernombor pendaftaran AGX 5757
Kenangan terindah bersama kereta Lexus yang baru dibeli oleh Dik Die...

Gambar kenangan di perkarangan pintu masuk The Lost World , Tambun...


Berehat sekejap setelah penat berjalan sekitar The Lost World....



Berkesempatan jalan-jalan sekitar Tambun Sunway City...




Keluar membeli belah bersama-sama...Kebetulan Tesco hanya bersebelahan ngan rumah jer...





Menikmati juadah sarapan pagi nasi lemak ...






Ketika berehat sambil menonton televisyen kat dalam rumah...







Bergambar kenangan di hadapan rumah bersama dengan kereta kesayangan CBD 898...








Tuesday, September 22, 2009

BERMALAM DI TANAH RATA.., PAHANG

Pada kesempatan cuti hujung minggu , karg berkesempatan mengunjungi sekali lagi ke Tanah Rata , Pahang dan bermalam kat situ...




Dalam perjalanan tu sempat singgah sebentar kat tempat Air Terjun...Suasana damai lagi mempersonakan......


Jangan lupa singgah untuk menikmati sayuran dan buah-buahan segar...Beli la sikit sebagai buah tangan dari sini...Sayur kat sini memang sangat murah , kira 17 jenis baru rm10...





Bunga hiasan tarikan utama..Tapi jangan rambang mata...






Cuaca yang sangat sejuk dan kawasan yang sangat cantik dan menarik.....



Sekitar taman di Tanah Rata...

Kunjungan Hari Raya Raja Sulaiman Sekeluarga....

Alhamdulillah...Hari Raya ni Karg menerima kunjungan dari Raja Sulaiman sekeluaraga ...Beliau merupakan sahabat baik dengan karg & merupakan seorang Pakar dalam bidang matematik...Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di UITM Arau , Perlis..Semoga dengan kunjungan ni menambahkan lagi rasa ukhwah dan silaturrahim sesama kita..


Saturday, September 5, 2009

SELAMAT DATANG KE PARIT BUNTAR , PERAK....

Hari ni (sabtu)...genap 15 ramadhan bersamaan 05.09.2009, karg berkesempatan berkunjung ke Parit Buntar , Perak...Sebuah kawasan di Utara Perak berhampiran Bandar Baharu, Kedah..Pekan Parit Buntar merupakan sebuah pekan kecil dan terkenal sebagai tempat untuk membeli beraneka kain baju seperti Pekan Tangkak di Johor...


Bergambar di sempadan masuk ke Parit Buntar...
Suasana tempat yang simple tapi tetap menarik..

Suasana tenang dan menarik sekali sambil menghirup udara segar di sini....


Karg bergambar di kwsn taman sekitar pekan Parit Buntar...











Saturday, August 29, 2009

SINGGAH SEBENTAR DI GUA TEMPURUNG

Baru-baru ni , pada 28/08/2009...Karg berkesempatan singgah sebentar di Gua Tempurung , Perak....Setelah balik dari menjalankan tugas sebagai Pegawai Pendakwa (PO) JPJ Perak di Mahkamah Majistret Kampar...


Sejarah tentang Gua Tempurung ada tertulis kt belakang ni..





Bergambar di hadapan pintu masuk gua tempurung...




Berjalan-jalan sekitar gua tempurung...





Ketika di dalam gua yang begitu gelap gelita dan suasana sunyi sepi






Monday, August 10, 2009

RAMADHAN YANG DITUNGGU-TUNGU....


* Ramadan: ertinya panas terik
*Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan
* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur) *Bulan penuh keberkatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Thursday, July 30, 2009

RAMADHAN....KITA MUNGKIN TERLUPA


Dengan Nama Allah Yang Maha Esa

Ramadhan kini kembali menguji Kesabaran dan Keimanan kita semua...

Anda mungkin mencari Baju Raya paling anggun bergaya...

Kereta Baru anda mungkin menunggu hari pendaftarannya. ..

Hiasan Rumah mungkin bertukar warna...

Menu menarik pastinya Pilihan Berbuka Puasa...

Namun masih adakah dikalangan kita...

Tatkala bulan Ramadhan hampir tiba...

Ketika segalanya telah dirancang Sempurna...

Menanti saat dan ketika Anak Bulan Ramadhan memperlihatkan dirinya...

Kita Juga Sudah Bersiap & Bersedia...

Dengan Al-Qur'an Sekurang-Kurangnya. ..

Apalah Kiranya Ramadhan Ini Aku Bernekad & Berkata...

Mungkin Buat Yang Pertama Kalinya...Atau Mungkin Hidupku Ini Hanya Sementara...

Andai Aku Ditakdirkan Pergi MenemuiNya.. .

Izinkanlah Aku Mengalunkan Bacaan Al-Qur'an Kepada Yang Esa...

Izinkanlah Aku Memulakan Bacaan Dari Pembukanya.. .

Izinkanlah Aku Menamatkan Bacaan Hingga Pengakhirannya. ..

Dan Ketika Itu Aku Sememangnya Sudah Bersedia...

Walau Ilmu Agamaku Tidak Setinggi Mana...

Biar Apa Jua Rintangannya. ..

Aku Pasti Memegang Janjiku PadaNya...

Memegang Ajaran Yang Maha Esa...

Sunday, July 19, 2009

PAKAIAN ISTIADAT DI MAJLIS RASMI...

Ketika dijemput menghadiri majlis, karg mengenakan pakaian khas istiadat..Gambar ini diambil ketika karg sedang bersiap sedia untuk menghadiri Majlis Rasmi Jabatan...


Monday, June 22, 2009

...ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008....




Tanggal 20 hb Jun 2009, satu detik bersejarah dalam hidup karg apabila dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Malaysia..Majlis gilang gemilang itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.. Setelah berkhidmat dalam sektor awam lebih kurang 16 tahun, ini merupakan anugerah kali kedua dari Ketua Pengarah JPJ Malaysia...Semoga dengan Anugerah ini akan memberi semangat lebih kuat untuk karg berkhidmat kepada Negara... Insyaallah..


Trofi Istimewa dari JPJ Malaysia sebagai kenangan..


Sijil Penghargaan yang diterima dari Ketua Pengarah JPJ Malaysia..



Bergaya di atas pentas PWTC... apa macam hemsem tak?




Di dalam Dewan Makan PWTC..





Bersama rakan-rakan yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang






Bergambar bersama Pengarah JPJ Perlis...