Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Thursday, July 30, 2009

RAMADHAN....KITA MUNGKIN TERLUPA


Dengan Nama Allah Yang Maha Esa

Ramadhan kini kembali menguji Kesabaran dan Keimanan kita semua...

Anda mungkin mencari Baju Raya paling anggun bergaya...

Kereta Baru anda mungkin menunggu hari pendaftarannya. ..

Hiasan Rumah mungkin bertukar warna...

Menu menarik pastinya Pilihan Berbuka Puasa...

Namun masih adakah dikalangan kita...

Tatkala bulan Ramadhan hampir tiba...

Ketika segalanya telah dirancang Sempurna...

Menanti saat dan ketika Anak Bulan Ramadhan memperlihatkan dirinya...

Kita Juga Sudah Bersiap & Bersedia...

Dengan Al-Qur'an Sekurang-Kurangnya. ..

Apalah Kiranya Ramadhan Ini Aku Bernekad & Berkata...

Mungkin Buat Yang Pertama Kalinya...Atau Mungkin Hidupku Ini Hanya Sementara...

Andai Aku Ditakdirkan Pergi MenemuiNya.. .

Izinkanlah Aku Mengalunkan Bacaan Al-Qur'an Kepada Yang Esa...

Izinkanlah Aku Memulakan Bacaan Dari Pembukanya.. .

Izinkanlah Aku Menamatkan Bacaan Hingga Pengakhirannya. ..

Dan Ketika Itu Aku Sememangnya Sudah Bersedia...

Walau Ilmu Agamaku Tidak Setinggi Mana...

Biar Apa Jua Rintangannya. ..

Aku Pasti Memegang Janjiku PadaNya...

Memegang Ajaran Yang Maha Esa...

Sunday, July 19, 2009

PAKAIAN ISTIADAT DI MAJLIS RASMI...

Ketika dijemput menghadiri majlis, karg mengenakan pakaian khas istiadat..Gambar ini diambil ketika karg sedang bersiap sedia untuk menghadiri Majlis Rasmi Jabatan...


Monday, June 22, 2009

...ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008....




Tanggal 20 hb Jun 2009, satu detik bersejarah dalam hidup karg apabila dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Malaysia..Majlis gilang gemilang itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.. Setelah berkhidmat dalam sektor awam lebih kurang 16 tahun, ini merupakan anugerah kali kedua dari Ketua Pengarah JPJ Malaysia...Semoga dengan Anugerah ini akan memberi semangat lebih kuat untuk karg berkhidmat kepada Negara... Insyaallah..


Trofi Istimewa dari JPJ Malaysia sebagai kenangan..


Sijil Penghargaan yang diterima dari Ketua Pengarah JPJ Malaysia..



Bergaya di atas pentas PWTC... apa macam hemsem tak?




Di dalam Dewan Makan PWTC..





Bersama rakan-rakan yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang






Bergambar bersama Pengarah JPJ Perlis...







Monday, June 15, 2009

**** INDAHNYA HUJAN**** ANTARA RAHMAT YANG ALLAH CURAHKAN...




Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma,anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10-11)


Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Saturday, June 6, 2009

KUNJUNGAN EN. ANUAR SEKELUARGA DARI PERLIS

Pada cuti sekolah ni, sekali lagi karg & isteri menerima kunjungan rakan dari Taman Mesra, Jejawi perlis..Kebetulan En. Anuar sedang bercuti round satu Malaysia dan rumah karg merupakan destinasi terakhir sebelum bertolak balik ke Perlis.. Karg & Isteri mengalu-alukan kedatangan En. Anuar sekeluarga ke Teratak kami di Perak..Semoga dengan kedatangan ini akan menambahkan lagi ikatan ukhwah antara sesama kita... Amin..



En. Anuar sekeluarga sedang menikmati hidangan ala kadar yang disediakan oleh isteri karg..
Dah lewat ni, Nak solat dulu..Mungkin itu yang diperkatakan oleh bapa En. Anuar...

Isteri karg sedang menyediakan hidangan menyambut tetamu dari taman mesra perlis....







Bergambar Kenang-kenangan di luar rumah..

MESTI BERANI MENCUBA UNTUK BERJAYA...


Kalau ditanya adakah anda ingin menjadi jutawan? Rasanya tidak ada yang menolakkan. Pernahkah anda terfikir yang kebanyakkan jutawan bermula dari keluarga yang susah? Tidak semua daripada mereka yang berjaya di dalam pelajaran. Anda hendak tahu mengapa? Sebab mereka mempunyai matlamat yang tetap! Berusaha sampai berjaya tanpa mengenal erti putus asa.

Berkenaan senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pula dengan tempat kedua dan seterusnya, lihatlah rangking ni…

1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions

Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! Mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tidak semestinya kena skor semua A dalam exam. Tetapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! Seperti kata pepatah arab, “Barangsiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya. Barangsiapa yang bercucuk tanam maka dia akan dapat menuai hasilnya.”

Persoalannya kenapa di Malaysia begitu ramai graduan-graduan lepasan Universiti masih ramai yang menganggur? Jangan hanya mengharapkan kerja sepertimana bidang yang kita ambik semasa di Universiti. Banyak lagi kerja lain yang kosong sedia menanti anda. Bak kata warga Indonesia , sesungguhnya Malaysia ini merupakan lubuk emas. Sebab itu ramai warga Indonesia yang berduyun-duyun mahu masuk bekerja di Malaysia. Hanya orang-orang Malaysia saja yang tak nampak peluang ini. Jadi fokus kita di sini ialah matlamat yang tetap untuk berjaya. Buatlah apa kerja sekalipun, jika anda fokus dan berusaha bersungguh-sungguh, dan bertawakal insya-ALLAH akan dikabulkan.....

Friday, June 5, 2009

ZIARAH JIRAN SE TAMAN DARI PERLIS

Alhamdulillah... Baru-baru ni jugak karg dan isteri di ziarahi oleh En. Shopi sekeluarga dari Perlis..Mereka merupakan jiran setaman yng tinggal berjiran di Taman Mesra...Sejak berpindah ke Perak ni Karg sering dikunjungi oleh sanak saudara dan sahabat handai malah jiran-jiran tak terkecuali datang... Karg ucapkan selamat datang kepada semua..Mudah-mudahan dengan kunjungan ini menambahkan lagi rasa Uhkwah sesama kita... Insyaallah....


Gambar kenang-kenangan di hadapan rumah....
Bergambar beramai-ramai di hadapan rumah...




Gambar ini diambil semasa en. Shopi sedang berbual sambil menikmati makanan yang disediakan oleh isteri karg..

Wednesday, June 3, 2009

JOM SINGGAH SEBENTAR DI LUMUT....

Lumut sudah sememangnya terkenal sebagai bandar maritim dan pelancongan utama di Malaysia. Ia juga terkenal sebagai tempat utama penghasilan dari laut seperti ikan kering, makanan laut dan kraft tangan...Jauhnya dari Ipoh lebih kurang 75km..



Antara pemandangan menarik sekitar Lumut...








Antara tempat untuk bershoping di Lumut...

















Di hadapan Waterfront Bistra...







Di Kawasan Jeti untuk ke Pulau Pangkor...


















Sekitar taman Waterfront di tepi Laut berhampiran Jeti..

















































Teluk Batik merupakan destinasi persinggahan utama jika ke Lumut















































Sekitar pintu masuk Taman Paya Bakau...

















Sunday, May 31, 2009

SIAPA CHIN PENG ???


Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.

Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Kisah hidupnya
Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.



Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.



Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.



Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.



Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.



Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.



Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.



Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya
Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .



Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.



Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.



Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya.



Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.



Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand.

Kemerosotan Komunis
Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.



Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia
Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Sunday, May 24, 2009

KUNJUNGAN BANG DUN & KAK YAM KE PERAK

Hari ni, tanggal 24 mei 2009 , sekali lg karg sekeluarga menerima kunjungan saudara mara dari kedah..Kebetulan Bang Dun & Kak Yam baru balik dari UIA kerana menghantar Farhani..Pada kesempatan yang ada tak lupa menziarahi karg kt Perak.. Selamat datang di ucapkan pada Bang Dun & Kak Yam sekeluarga..



Sedang berehat kt dalam rumah... Bang Dun sempat main mesej lg tu... he..hee... Manakala Kak yam pulak sedang bersiap untuk keluar jalan-jalan..
Gambar ini di ambil ketika hendak keluar dari rumah untuk jalan-jalan..

Sedang menikmati jamuan tengah hari...Asraf nampak macam tak berselera jer tu.. Manakala Bang Dun & Izzati tak sedar gambar diambil semasa sedang menjamu selera.. Makan bang ..jgn malu-malu..


Wednesday, May 20, 2009

DI MANA TERLETAKNYA KEBAHAGIAAN ?


B-A-H-A-G-I-A : Bahagia = Happiness

Siapa yang tak nak hidup bahagia.. semua orang mencari kebahagian. Ada yang dah dapat kebahagian mengikut tafsiran masing-masing, ada yang masih tercari-cari dan ada yang masih terlalu jauh dari kebahagiaan.

Ada orang kata, bahagia terletak pada kerjaya. Berjaya dan cemerlang dalam kerjaya itulah kepuasan dan kebahagiaan bagi dirinya.

Ada orang sangat bahagia bila mendapat kenaikan pangkat. Ada orang pulak melompat-lompat gembira dan bahagia bila mendapt bonus atau kenaikan gaji.

Ada pulak orang kata, bahagia terletak pada harta. Kalau ada harta banyak, mesti bahagia. Boleh beli apa saja yang ada atas dunia. Sampai ada yang sanggup menggadai maruah diri, agama dan bangsa demi mendapatkan harta.

Orang lain pulak kata, bahagia letaknya pada rupa. Jika ada rupa yang hensem, susuk badan yang sasa... itulah kunci kebahagiannya. Bagi yang perempuan pula, jika ada rupa yang jelita dan seksi pula, mesti boleh menawan satu dunia.

Pendapat lain pulak, bahagia letaknya pada keluarga. Punyai pasangan yang baik dan setia, anak-anak yang ramai dan mendengar kata... itulah bahagia.

Bagi sesetengah orang pulak, kebebasan itulah kebahagiaan yang dicari. Bebas untuk melakukan segala-galanya, tanpa disekat, tanpa dikongkong..alahai, indahnya dunia.

Walau apapun definisi bahagia bagi anda, janganlah lupa bahawa bahagia datang dengan izin-Nya. Bahagian yang diburu bukan sekadar bahagia di dunia. Ingatlah bahawa kesenangan di atas dunia adalah ujian, kesusahan di sini juga adalah ujian. Janganlah terlalu leka dengan kebahagiaan yang sudah pastinya seketika ini.

Jangan juga menyesali setiap kesusahan yang diberi. Sesungguhnya. semuanya datang dari Dia dan akan kembali kepada-Nya.

Semoga kita memperoleh rahmah dan inayahnya di alam sana. Semoga kita berjaya mendapat kebahagiaan yang kekal selama-lamanya di sana. Bermuhasabahlah... semoga hari ini lebih baik dari semalam... Amin!!!

Sunday, May 17, 2009

KUNJUNGAN SILATURAHIM BANG ZAIN & KAK NAB SEKELUARGA KE IPOH

Bergaya kt Pintu Gerbang Lost World..


Jalan-jalan sekitar the Lost World

Besarnya Kucing tu... Mungkin itu yg diperkatakan oleh Anis..

















Naim bergaya kt Pintu masuk...



















Bila mai Ipoh ni jangan lupa kita shooping kt Tesco.. Borong sakan nampak tu...
























Sedang berjalan masuk ramai2 ke Tesco...




























Sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama..Ingat ketika zaman kanak-kanak dulu