Ikatan Ficus Sdn. Bhd. (667787-U)
Simpang Perupok,
Kubor Panjang, 06760 Pendang, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-784 6244 /
6530 Fax : 04-784 8461
E-mail :
ikatanficus@yahoo.com
17 Julai 2013
Encik Abu Bakar bin Ahmad
Kampung Bendang Raja,
Jalan Tualak, 06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.
CADANGAN
MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH RUMAH KEDIAMAN 1 TINGKAT DI ATAS
LOT PT
681, KAMPUNG BENDANG RAJA, JALAN TUALAK, KUALA NERANG, KEDAH.
Perkara di atas dan perbincangan kita (En. Abu
Bakar, En. Zulkifli dan Fuad) pada 6 hb Julai 2013 di tapak projek adalah
berkaitan.
Seperti perbincangan kita, secara dasarnya
persetujuan telah dibuat di antara kita dimana pihak tuan ingin melantik kami
sebagai kontraktor membekal bahan binaan dan membina rumah kediaman 1 tingkat
di Lot PT 681, Kampong Bendang Raja, Jalan Tualak, Kuala Nerang, Kedah.
Di dalam perbincangan tersebut penentuan harga
telah pun dipersetujui dengan nilai RM
174,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Empat Ribu Sahaja) bagi
skop kerja seperti berikut:
I)
Membina rumah yang lengkap bagi keluasan 2000
kaki persegi seperti di pelan dan membina sebuah garaj berkeluasan 400 kaki
persegi.
II)
Tambahan RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu
Lima Ratus Sahaja) sekiranya pakej membina sebuah gazebo kayu berukuran 8 kaki
x 6 kaki.
Walau bagaimanapun setelah penelitian pelan yang
dibekalkan kepada kami ukuran sebenar bagi cadangan projek ini ialah 49 kaki 8
inci x 42 kaki 4 inci iaitu 2100 kaki persegi. Oleh yang demikian kami memohon
tambahan nilai sebanyak RM 6000.00 (Ringgit Malaysia Enam Ribu Sahaja) bagi
menampung kos bahan binaan dan upah secara minima.
Diharap mendapat pertimbangan dari pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment