Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, June 27, 2011

AMIR BAKHIYUDDIN MENJALANI PEMBEDAHAN UNTUK MENUTUP SALURAN JANTUNG YANG TERBUKA...


Pada hari yang ke 32 kelahiran , amir bakhiyuddin terpaksa menjalani pembedahan untuk menutup saluran jantung yang tidak tertutup(PDA)..Menurut doktor kebiasaannya saluran ini akan tertutup dengan sendiri tetapi ini tidak berlaku kapada amir bakhiyuddin.Bagi menyelesaikan masalah ini satu pembedahan telah dilakukan di rusuk sebelah kiri oleh Datuk Dr Hamzah bersama Dr Teow iaitu pakar jantung di Hospital Penang..Pembedahan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pg..Sesungguhnya inilah ujian yang amat getir karg dan isteri terpaksa hadapi..Walaupun amir bakhiyuddin masih kecil dan tidak mengerti apa-apa tetapi dia terpaksa melalui semua ini..Turut menemani karg dan isteri di hospital ialah Kak Yam bersama ahli keluarganya iaitu Badlisham dan Izati..Harapan Karg moga Allah makbulkan doa supaya Amir Bakhiyuddin cepat sembuh..Hanya padamu Ya Allah aku berserah...amin

4 comments:

ieda said...

Semoga adik Amir diberikan kekuatan dari Allah untuk terus bertarung.. Insya-Allah doa2 kami sentiasa bersamanya.. Raya ni jika diizinkan Allah kami akan bertemu dgn adik Amir yang begitu kuat semangatnya ini... x sabar rasanya..

karg said...

Insyaallah...terima kasih atas sokongan dan doa ieda sekeluarga...

zaid said...

Assalamualaikum pak cik&cik, kami sekeluarga mendoakan amir bakhiyuddin diberi kesihatan yang baik selepas 'operation' dan semoga pak cik n cik sabar serta tabah....insyaallah. wassalam.

karg said...

terimakasih atas sokongan dan doa zaid sekeluarga...