“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Tuesday, May 31, 2011
ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI ALLAH...
Tanggal 25.05.2011 hari Rabu bersamaan 22 Jamadulakhir 1432 hijrah jam 08.28 pagi di hospital Manjung , Perak . Maka lahirlah anak ke empat karg yang diberi nama Amir Bakhiyuddin..Doa karg moga Allah panjangkan umurnya, baik tingkah lakunya, cantik dan sempurna rupa parasnya, ..Karg sentiasa bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ini..Walaupun sebelum ini kakaknya Asma Bakitah, Abangnya Amir Borhanuddin dan Amir Badarudin telah pergi terlebih dahulu karg tetap redha dengan kehendaknya..
Amir Bakhiyuddin seperti abang dan kakaknya juga lahir tidak cukup bulan (pramatang) ketika kandungan baru 34 minggu dan beratnya hanya 1.9kg sahaja..Walaupun sepatutnya dia lahir pada minggu 38-40 , tetapi doktor tidak mahu mengambil risiko dan mempercepatkan kelahiran..Proses kelahiran secara pembedahan dilakukan..
Selepas pembedahan dilakukan , Amir Bakhiyuddin mengalami masalah pernafasan kerana paru-paru belum matang sepenuhnya.Mesin bantuan pernafasan yang telah disediakan untuknya di Hospital Manjung telah digunakan oleh oleh bayi lain yang terdahulu..Karg dalam keadaan serba salah dan panik..Manakala doktor yang merawatnya tidak mengambil apa-apa langkah yang sepatutnya..Terdapat doktor pelatih mengambil kesempatan untuk membuat ujian darah terhadap baby hingga bengkak seluruh kaki dan tangan jadi kebiru-biruan..
Akhirnya doktor pakar membuat keputusan supaya baby karg dihantar segera ke Ipoh untuk bantuan pernafasan..Tiba-tiba Hospital Ipoh menyatakan mesin bantuan pernafasan telah digunakan sepenuhnya..Maka karg lebih bertambah runsing dan banyak berdoa supaya Allah sentiasa permudahkan segala urusan..Setelah doktor berhubung dengan Hospital Penang , barulah ada alat tersebut..Baby dibawa dengan ambulan jam 2.00 petang ke Penang..
Manakala ibunya pula berada di wad hospital manjung..Ibu di Perak dan anak di Penang..Dalam masa yang sama karg terpaksa menguruskan kedua-duanya sekali..
Karg cuba menenangkan ibunya walaupun karg sendiri rasa tetekan..Hanya Allah saja yang tahu..Sambil menerangkan keadaan sebenar kepada ibunya , air mata ini mengalir tanpa dipaksa..
Pada hari ketiga kelahirannya mujurlah keluarga dari kampung datang untuk memberi semangat kepada karg..Antara yang hadir ialah Kak Balkis , Kak Nab , Kak Jah , Bateh ,Naim serta Iman..Keesokannya kami sama-sama ke Penang untuk mengetahui keadaan baby di sana..Sampai disana karg rasa sungguh bersyukur kerana baby dapat bertahan melalui alat bantuan pernafasan..Ramai juga ahli keluarga yang ziarah termasuk pak,tok embun, Aina, Haslam dan Su serta Hafiz bersama isterinya Linda turut hadir.Bamat (adik Bateh) bersama isteri dan anak-anak juga turut hadir...Mereka semua memberi semangat dan peransang supaya karg tabah dengan ujian Allah ini..Karg rasa amat bersyukur sekali di dalam suasana pilu ini walaupun air mata menitis tetapi tetap sabar dengan ujian Allah ini..Lebih-lebih lagi isteri karg walaupun dalam keadaan amat sedih dan masih tidak berapa sihat dan dalam pantang tetap sabar dan bersedia untuk menjaga anaknya dekat Hospital Penang..
Setelah 5 hari , baby mula menunjukkan reaksi yang positif dan bertambah baik serta bantuan pernafasan telah dihentikan..Karg sentiasa berdoa dan mengharapkan Allah makbulkan segala doa karg selama ini...Sesungguhnya inilah Anugerah yang tidak ternilai dari mu , Ya Allah..Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sabarlah Tuan..Semoga Allah makbulkan doa tuan...Amin
Semoga bacat dan kak dayah tabah mengharungi ujian2 ini..
Post a Comment