Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Monday, April 25, 2011

KALAU SUAMI...( SEKADAR SELOKA )

Kalau suami mula berahsia..

Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

Saturday, April 16, 2011

APABILA KITA....

Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup kita diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila kita dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hati kita. Dia Maha Adil.

Apabila hati kita terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat kita, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila kita lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup kita ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan kita digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani kita, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling kita tidak mahu mendengar suara dan keluhan kita, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila kita miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila kita keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan diri kita kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut luka kita dicederakan lagi, hati kita dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Saturday, April 9, 2011

TELUR AYAM DIPALSUKAN...

Apa nak jadi dengan dunia sekarang..Nak untung punya pasal hingga telur ayam pun ada yang palsu..Mengikut satu laporan telur ini lebih besar,tidak berbau dan tidak mempunyai rasa..Apabila dipecahkan ia tidak kelihatan pusat telur.. Di negara China , telur tiruan adalah menjadi perkara biasa..Telur tiruan mengandungi bahan kimia..Cengkerangnya dari Kalsium Karbonat ,putih telur dan kuning telur daripada Natrium alginat,alum,gelatin ,asid benzoik, kalsium klorida , air dan pewarna tiruan.. Telur tiruan tidak mempunyai sebarang khasiat...Awas kemunculannya dipasaran..

Sunday, April 3, 2011

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah.....

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakarah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia......

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit. Mereka terlalu teruja dan bila kenikmatan menjelma di depan mata tidak dapat mengawal perasaan hingga menampakkan secara jelas watak sebenar mereka..