Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kesimpulannya : Seseorang yang mempunyai sifat pemarah biasanya tidak boleh menerima kelemahan diri sebaliknya menyalahkan orang lain dengan pelbagai alasan...Umpamanya jika kita melihat orang lain lebih hebat , berjaya , kaya dan sebagainya , maka kita cuba untuk merendahkan martabat orang itu dengan menyatakan orang itu sombong , lupa diri , cinta dunia dan sebagainya..tetapi pada hakikatnya kita cemburu dengan kejayaan orang lain sedangkan kita sendiri terlalu ego , bakhil ,tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya menganggap kita saja yang betul...