“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Thursday, March 26, 2009
Hari Ini Milik Kita...
Kenapa perlu menyesal pada hari semalam yang telah dtinggalkan?
Menyesal kerana melakukan kesilapan dan telah mensia-siakan hari semalam.....
Kerana hari semalam tak seindah yang diharapkan..
Tak perlu menyesal pada hari semalam yang telah berlalu pergi Yang kita tak mungkin akan kita dapat kembali..
Kenapa perlu bimbang pada hari esok?
Bimbang takut apa yang berlaku tak seindah yang diimpikan yang telah kita reka dalam minda..
Bukankan esok adalah milik Allah..Dia berhak sama ada menjadikan impian itu satu kenyataan atau sebaliknya..Dia Maha Mengetahui sesuatu..
Hiduplah hanya batasan waktu pada hari ini..kerana hari ini milik kita..
Lalui hari ini dengan tenang,fokus dan penuh hikmah.. Tak perlu dikenang pada semalam yang ditinggalkan..jika hari semalam ada kesilapan jadikan pengajaran..
Jika sudah ada rencana untuk hari esok.bertawakallah jika yang diharapkan seindah yang diimpikan jangan lupa bersyukur kepadaNya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment