Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, March 31, 2009

Kelebihan Bekerja Dengan Kerajaan.. Ok Ke?


Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
2.Cost of living allowance (COLA)
3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
4.Kenaikan gaji setiap tahun
5.Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
6.Cuti tahunan mengikut kelayakan
7.Cuti bersalin
8.Rawatan Hospital Percuma
9.Pinjaman perumahan dengan kadar faedah yang rendah
10.Caruman KWSP atau pencen ikut pilihan
11.Bersara pada umur 58 tahun ,56 tahun atau 55 tahun
12.Peluang kenaikan pangkat
13.Peluang melanjutkan pelajaran
14.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
15.Menunaikan haji Bergaji Penuh
16.Tuntutan Pelbagai seperti tuntutan perpindahan,lebih masa,perjalanan dsb
17.Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Sekadar Motivasi Untuk Diri Sendiri..


Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... ”
Jadi renungi lah

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA'tapi hampeh, hasilnyamacam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kitaBUSY giler, rupanya kita hanya'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita 'PRIHATIN', tapi rupanya kita 'BUSY BODY'

4. Adakala kita rasa kita 'OPENMINDED' and 'OUTSPOKEN' tapi rupanya kita 'KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS' rupanya kita hanya lebih kepadaKRITIKyang menciptaKRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadiLEBIH MESRAtapi rupanya kita di lihat lebihMENGADA

7. Adakala kita suka bertanya'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'



Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untukitu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Thursday, March 26, 2009

Hari Ini Milik Kita...


Kenapa perlu menyesal pada hari semalam yang telah dtinggalkan?
Menyesal kerana melakukan kesilapan dan telah mensia-siakan hari semalam.....

Kerana hari semalam tak seindah yang diharapkan..
Tak perlu menyesal pada hari semalam yang telah berlalu pergi Yang kita tak mungkin akan kita dapat kembali..
Kenapa perlu bimbang pada hari esok?
Bimbang takut apa yang berlaku tak seindah yang diimpikan yang telah kita reka dalam minda..
Bukankan esok adalah milik Allah..Dia berhak sama ada menjadikan impian itu satu kenyataan atau sebaliknya..Dia Maha Mengetahui sesuatu..
Hiduplah hanya batasan waktu pada hari ini..kerana hari ini milik kita..

Lalui hari ini dengan tenang,fokus dan penuh hikmah.. Tak perlu dikenang pada semalam yang ditinggalkan..jika hari semalam ada kesilapan jadikan pengajaran..

Jika sudah ada rencana untuk hari esok.bertawakallah jika yang diharapkan seindah yang diimpikan jangan lupa bersyukur kepadaNya..

Sunday, March 22, 2009

Hari Kedua Di JPJ Perak...


Pada 17hb mac 2009 merupakan hari kedua aku bertugas kt JPJ Perak..Masih bermalam di Hotel yang sama , aku bergegas ke Pejabat tepat jam 7.30 pg untuk punch kad...Tetapi kt JPJ Perak ni lain sikit pada JPJ Perlis.. Cap Jari adalah pengganti pada punch kad..Canggih juga rupanya..X boleh nk pesan atau minta tolong member laa...Tp x pa2 punya kerana aku bukan seorang yang tidak berdisiplin..

Jam 8.30pg ajak member ke Kantin dalam kawasan pejabat jer...Sarapan pagi untuk 4 orang rupanya x mahal sangat , hanya sekitar Rm7.00..
Pukul 9.00 pg pulak Ketua Bahagian Penguatkuasa nak jumpa..Dia bertanya tentang tempat kerja kt Perlis..Ceita lah kt dia serba sedikit..Lepas tu dia bertanya tentang rumah sewa ada ke belum.. Aku bagitau laa masih dok cari tapi belum jumpa lagi..Dia pun suruh aku cari sekitar area Taman Anda iaitu lebih kurang 10 minit ngan pejabat..

Ronda-ronda sekitar taman anda terjumpa papan tanda rumah untuk disewa..Apa lagi terus telefon pemilik rumah tersebut..Tuan Rumah datang tunjuk bahagian dalam rumah tersebut..Setelah berunding lebih kurang 10 minit , aku terus booking rumah tersebut..

Rumah tu agak besar sikit , iaitu rumah teres 2 tingkat.. Nanti aku ambil gambar dan masuk kt dalam blog ni bila ada kesempatan nanti..Aku suka kat rumah tu kerana dekat ngan pejabat tempat kerja dan hadapan rumah tu ada bederetan kedai-kedai..Lagi pun Tesco ada kt seberang jalan jer..Nanti mudah lah nk Shoping...He..hee..

Pada ahli keluarga dan rakan -rakan yang ada kesempatan, jemput la berkunjung kt rumah aku ni..Alamat penuhnya No. 105, Taman Anda , 31400 Ipoh , Perak....
Cukuplah sekadar ni dulu untuk hari kedua... jumpa lagi..

Friday, March 20, 2009

Hari Pertama Di JPJ Perak...




Setelah rondaan dilakukan untuk mencari tempat untuk bermalam, maka aku berjumpalah sebuah hotel budget rendah dekat ngan pejabat jer... Harga untuk 1 mlm ada yg rm39, rm 77, rm90....Tanpa peduli harga lagi maka aku memilih hotel yg berharga rm90 & berkongsi 3 orang..

Esoknya iaitu pagi 16hb aku melapor diri kt pejabat baru di jpj Perak.. Besar jgak pejabatnya..Hari pertama lapor diri ni kekok sikit rasanya.. maklumlaa..Semuanya rasa baru walaupun lama dh bekerja..Mula lapor diri tu terus ke admin untuk cari tempat punch card..Di sana rupanya ramai kawan-kawan yg dah menunggu sambil bersalaman..Byk jgak yg dah kenal rupanya.. Ada kawan2 yg pernah bekerja bersama-sama kt JPJ Terengganu dulu..Ada rakan-rakan yg pernah berkursus bersama dulu..Rsa kekok tu pun hilang ngan sendirinya...

Lebih kurang jam 9.00pg aku bersama rakan2 yg baru melapor diri terus masuk kt bilik taklimat..Kami semua di pecahkan kepada unit-unit berbeza..Aku ditugaskan mengetuai unit operasi untuk kumpulan 8..Besar betul unit operasi iaitu 18 pasukan semuanya..Kami diberi kebebasan untuk meronda seluruh Negeri Perak..Syok jgak rasanya..

Dalam fikiran mula timbul , malam ni nk tidur dimana plak...Rumah belum dapat cari , hotel jgak jadi pilhan.. ( bersambung lepas ni )...

Thursday, March 19, 2009

Semuanya Kerana Terpaksa.....Apa Boleh Buat...




Tanggal 16 hb mac 2009 , aku melapor diri bertugas di Jpj Perak berjawatan sebagai Pegawai pengangkutan Jalan Tingkatan Kanan Tertinggi..Sebelumnya pada 15hb mac 2009 kebetulan jugak hari perkahwinan adik Fakrurazi aku terpaksa pulang awal kerana terpaksa melapor diri di Ipoh... Walaupun berat untuk pergi tapi demi tugas terpaksa juga aku hadapi...

Aku sedar tentu pelbagai perkataan yang kurang enak telah didengari kerana meninggalkan majlis terlalu awal iaitu pada jam 2.30 ptg..sedangkan majlis kenduri tu masih berjalan.. bayangkanlah !

Tapi aku pasrah je.. buat-buat tak tahu.. khas untuk tatapan ahli keluarga semua..
Aku pulang awal atas beberapa sebab:
  1. Terpaksa berkemas barang-barang yang nak dibawa dari Perlis ke Perak
  2. Kalau bertolak lewat tentu memenatkan dan sampai jugak terlalu lewat
  3. Kawan sedang menunggu kt Tol A.Setar Utara..
  4. Tempat tidur belum pasti kt mana di Perak kerana aku tak pernah sampai lagi di sana
  5. Perjalan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam
  6. Pukul 5 baru dapat bertolak dari Perlis dan sampai jam 9.00 mlm..
  7. Terpaksa merayau-rayau kt Bandar Ipoh untuk mencari tempat untuk tidur
Mungkin akan ada suara-sura sumbang mengatakan kenapa tidak tangguh pertukaran tersebut..Sebenarnya aku telah tangguh sejak dari bulan febuari lagi..16 hb adalah tarikh akhir utk lapor diri dan tidak dibenarkan tangguh lagi..
Diharap dengan jawapan ini tidak timbul lagi sebarang kemuskilan dari semua ahli keluarga dan orang-orang kampung..
Kalau ada sebarang teguran dari semua ahli keluarga dipersilakan..
Aku sedia mendengar komen-komen tu..

Kunjungan Ke Rumah Kakak Khadzijah di Kuala Nerang

gambar ini diambil semasa pulang bercuti untuk makan kenduri di kampung baru-baru ini sempena perkahwinan adik fakrurazi...


Friday, March 13, 2009

Perempuan Di Mata Lelaki.....

Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak ,...
surat di peti pos tak berambil , anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk kepintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air bajumasih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedangmembaca buku"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah",
jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya,kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANGBIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki..."Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak .Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around,for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... potttttpeeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And ifmak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya ,tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde,BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can dowhatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. ...

Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila takmendengar leteran mak. Rumah jadi k sesepi-sepinya cam"haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, notchallenging, no suspense.Balik kul braper pun, takdeorang nak membebel, takde orangnak pulas telinga. Our life graph becomes very themonotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dahmemiat telinga rupanya menjadikan hidup lebihbermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidakberseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!Kau Isteri Ku....Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak.Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramahpercuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah(for instance if she's gone for a short holiday).

Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, ormost to most lepak kat happening places.. As for me isdifferent,if my wife is no t at home, rumah boleh jadikporak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah,kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada katrumah and i'm off duty, sure at times boleh membuatkepala berserabut.Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mentaldah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She'sGone", aku pulak terasa separuh mati.
Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchenfor help, no one to komen this and that, no one tocriticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing . Lebih-lebihlagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', taktahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis,malas nak boil...

Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnyayang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yangmengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITINURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekatkat hati and sukar ada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentuarah. Tengok TVciter best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.Lebih-le bih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dahabis utk dipakai. Toilet dah mula licinberdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengokceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasabenar kesepian.Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dant erasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys outthere... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekendbaca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balikkena buat keja rumah lagi... penat tau!!Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless without You mothers)....uuwaaaaaaaa!! \

Sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

Tabiat Bawa Ke Neraka..(BERI PERHATIAN PADA PARA ISTERI DAN BAKAL ISTERI)…

Assalamu'alaikum wr wb ..Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untukkaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di BaabunNisaa'.

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil RasulullahSAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:
"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

"Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1:
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibatgeram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanitamemang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2:
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidakmengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telahditunaikan oleh suami.Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yangkurang fahamsuami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorangisteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi disuatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"(Terjemahan langsung dari Arab).[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan denganperkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, sayatak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugurpahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialahmenyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapatmenyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.Fadhilat beristighfar:a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAWmenganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapaitarget ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalamamalan-amalan harian kita.b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita"c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalambentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasukkesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinyadalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadapkeluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianyabagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hatiRasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati bagindadipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkalahingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga,Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelummeminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari RasulullahSAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunyaperempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .2. Memberi salam.3. Memaniskan wajah.Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syairArab yang berbunyi :"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Makasetelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kitabertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
CIRI-CIRI PAKAIAN TAQWA

Hatinya bersih daripada sebarang kedengkian,
berdendam dan iri hati terhadap kejayaan orang lain...
Lidahnya berkata jujur, terpelihara daripada mencela, mengumpat dan seumpamanya.
Matanya dijauhkan daripada memandang yang dilarang oleh syariat....
Perutnya tidak diisi dengan makanan yang haram atau dari sumber yang haram.
Tangannya terpelihara daripada menjamah yang bukan haknya.
Kakinya tidak menginjak atau memijak tempat larangan.
Amalnya jauh daripada ingin mencari sanjungan dan pujian masyarakat....
Segala susuatu yang dilakukannya kerana patuh dan baktinya kepada Allah semata-mata.

Friday, March 6, 2009

Berpada-pada dengan rezeki Allah & Bersyukurlah...

Berpada-pada dengan Rezeki Allah

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia. Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini...." Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedangg menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."
(Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman Allah yang bermaksud, "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah:216)


Mutiara kata Ibnu-Qayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Allah SWT serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Allah dan bermohon kepadaNYa.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu....