Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Sunday, February 20, 2011

SEHARIAN DI PENGKALAN TLDM LUMUT...

Semenjak menetap di Seri Manjung karg telah diziarahi oleh En.Zulnaidi yang merupakan orang sekampung karg di Kuala Nerang..Beliau bekerja sebagai anggota TLDM Lumut..Pada kesempatan yang ada karg telah dibawa oleh beliau untuk meninjau di dalam kawasan TLDM..Bukan senang untuk masuk ke situ kerana merupakan kawasan larangan..Sebelum masuk ke Pengkalan TLDM Lumut kita perlu mendaftar di pintu Pos Kawalan dan terpaksa meninggalkan kad pengenalan dan mendapat kelulusan untuk masuk ke dalam..Oleh kerana En.Zulnaidi yang menguruskan , semuanya tidak menjadi masalah kepada karg..


Di kawasan Armada TLDM ini merupakan tempat berlabuhnya kapal-kapal TLDM untuk dibaikpulih..
Kenangan indah ini diabadikan di hadapan pintu masuk Navy...

KD Pelandok antara pasukan TLDM yang begitu popular di peringkat antarabangsa..


Bukan senang untuk bergambar di hadapan Kapal milik TLDM ni..



Kelihatan En. Zulnaidi yang merupakan orang kampung karg yang bertanggungjawab membawa karg masuk ke Pengkalan TLDM..Beliau sekarang berkhidmat dengan TLDM Lumut..




Sekali sekala bergambar di batu besar Pengkalan TLDM ni seronok jgak , walaupun agak panas sedikit...





Nampak jelas dan dekat Pulau Pangkor jika berada di Pengkalan TLDM..






Tuesday, February 15, 2011

KEINDAHAN PANTAI TELUK SENANGIN...

Sememangnya Pantai Teluk Senangin di Seri Manjung merupakan destinasi perkelahan yang cukup sesuai di hari minggu..Tempatnya cukup indah dan menarik dan boleh mandi-manda kepada mereka yang gemar mandi laut..Pantainya cukup bersih dengan pasir yang putih sejauh mata memandang....





Di hadapan pintu gerbang untuk masuk ke Teluk Senangin.. Kalau berhajat hendak menginap terdapat banyak Chalet dan Motel kat sini dengan harga yang cukup berpatutan contohnya seperti Sri Senangin Village ni..

Ternyata cukup penat berjalan sekitar pantai Teluk Senangin..Namun terasa puas berjalan dan tidak sia-sia dapat sampai ke sini..


Suasana pantai yang luas memang cukup seronok untuk jalan-jalan sambil mencari ketenangan setelah penat bekerja sebelumnya..



Rehat sekejap dekat batu besar setelah penat berjalan sekitar pantai sebelum berangkat pulang..




Saturday, February 12, 2011

KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK, PERAK...

Pada cuti sabtu minggu ini 12.02.2011, setelah penat mengemas rumah selepas berpindah dari Ipoh karg telah mengambil kesempatan berkunjung ke Kompleks Sejarah Pasir Salak..Banyak manafaat yang diperolehi terutama dapat melihat sendiri kawasan dimana JWW Birch telah dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela pada tahun 1875..Jww Birch merupakan Resident British pertama di Perak..Di sini jugalah merupakan tempat bermulanya pertumpahan darah orang melayu menentang penjajah di Perak..Walaupun karg tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam terowong sejarah , namun kawasan sekitarnya telah diabadikan sebagai kenangan...



Kenangan diabadikan dikawasan masuk untuk ke Resort Pasir Salak...
Di pintu Gerbang sebelum memasuki kompleks sejarah pasir salak...

Ambil masa sekejap di luar pintu masuk...


Bergambar sekejap sebelum memasuki terowong sejarah Pasir Salak



Bergambar di Menara kat kawasan Taman Komplek Sejarah Pasir Salak..




Pemandangan Sungai Pasir Salak yang luas terbentang menceriakan suasana..





Berehat sekejap setelah penat berjalan kat terowong sejarah sebelum berangkat pulang...






Sunday, February 6, 2011

BERPINDAH KE SERI MANJUNG...

Tanggal 01.02.2011 karg telah berpindah ke Seri Manjung , Perak kerana menggantikan tugas rakan yang telah bertukar ke Sarawak..Karg telah memilih Taman Samudera sebagai tempat menetap sepanjang bertugas kat sini..Apa yang menarik kat sini adalah banyak tempat pelancongan untuk dilawati seperti Sitiawan, Lumut ( Untuk ke Pulau Pangkor ) sebagai bandar maritim dan pelancongan..Pantai yang cantik seperti Teluk Batik ,Teluk Rubiah , Teluk Senangin,Teluk Nipah , Pantai Puteri Dewi dan sebagainya..Taman rekreasinya seperti Taman Esplaned dan Komplek Sukan.. Sekiranya berminat dengan makanan laut boleh ke Restoran terapung Teluk Gedong.. Bagi yang ingin bercuti boleh ke Damai Laut Resort...

Buat permulaan ini karg ingin memaparkan gambar rumah sebagai kenangan dalam blog untuk tatapan ahli keluarga dan rakan-rakan sekelian...



Di hadapan rumah no 1355 , Taman Samudera , Seri Manjung...



Sekitar halaman rumah...




Suasana ketika berada di dalam rumah...