Pages

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tuesday, April 28, 2009

LELAKI.......DULU & KINI..


Dulu,

Bila disebut lelaki,Wanitanya mendongak megah, Lelaki kami Asadullah, Saifullah, Tokoh kami tak terkira,


Kini,

Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah, tokoh kami sedikit sekali, ramainya, boneka yahudi.


Dulu,

Bila disebut lelaki, Wanitanya tenang di hati, Lelaki kami menjaga, melindungi,


Kini,

Bila disebut lelaki, Wanitanya mahu cabut lari, Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya, Sepasukan kuda putih membela, Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,


Kini,

Ribuan wanita dipenjara, Fatimah diperkosa minta dibela, Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,

Bila wanita dibawah jagaannya, Lelaki memagari sehabis daya, Tiada siapa berani menggoda,


Kini,

Bila wanita dibawah jagaannya, Lelaki tak kisah auratnya terbuka, Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa, Untuk mengangkat kemuliaan agama,


Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama, Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah, Kental berjihad, tekun berdakwah,


Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah, Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,

lelaki memperjuangkan deen dan ummah, al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,


Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya, hingga sanggup membunuh.


Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh, Angkatannya kuat dan teguh,


Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah, Sesame sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul

AIR MATA KEINSAFAN......

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……

Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…

Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….

Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..
Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna?
Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….

Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. .....

Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?

Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…
Sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cumaAku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…

Saturday, April 25, 2009

FROM TAIPING WITH LOVE.....











Wellcome to Taiping... Kalau melawat Taiping jangan lupa singgah kt Taman Tasik Taiping...Cukup sesuai untuk rekreasi dan riadah..Tempat ni memang cantik dan menarik..Salah satu tarikan di Taiping Ni.. Mai la jalan-jalan kt Taiping ni..Boleh kita berkelah kt sini...










Sebelum masuk ke Zoo Taiping... Tiket rm12 untuk dewasa.. Jemputla semua saudara mara mai jalan ke Perak.. Nanti kalau ada peluang kita melawat ke Zoo Taiping..























Antara tempat-tempat menarik sekitar zoo yang sempat diambil...













































Seronok jgak tu... Naik keretapi round seluruh Zoo Taiping...Nak jalan rasa letih sangat..




























Sedang tunggu giliran untuk naik keretapi Zoo Taiping... Ramainya orang pada hari minggu ni..















Antara gambar-gambar yang di ambil sekitar dalam Zoo Taiping...





















































Thursday, April 23, 2009

SUSAHNYA MELAKUKAN SECARA IKHLAS...

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.....

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas". Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..".

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas,siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.....iNSYAALLAH..

MANAFAAT BERBAIK SANGKA....

Ada banyak nilai dan manafaat yang diperolehi seseorang muslim apabila memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain. Kali ini saya ingin nyatakan beberapa kelebihan yang kita dapat sekiranya sentiasa berbaik sangka antara sesama kita. Antaranya ialah:

Pertama,
Hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan.

Kedua,
Terhindar daripada penyesalan dalam hubungan dengan sesama kita kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain, tanpa bukti yang benar.

Ketiga,
Selalu berbahagia dan bersyukur di atas segala kemajuan yang dicapai oleh orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya.

Thursday, April 16, 2009

Jom Hirup Udara Segar di Cameron Highland...












Antara tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang sempat dianbil untuk di masukan kt laman blog..






















Buah Strawberry yang begitu popular di sini..Harga lebih murah berbanding di tempat lain..








Ladang teh yang luas mata memandang..Hijaunya alam ni...segar mata melihat..









Nampaknya masih tak mau beralih lagi...Dok pegang pokok kaktus ..Jgn lupa beli sebagai buah tangan dari sini










Jangan lupa ye!.. Singgah sekejap kt Ladang Strawberry yang menjadi tarikan utama di sini..











Pokok Kaktus tarikan utama di sini..












Di hadapan Strawberry park..




























Ladang teh yang terkenal kt Cameron ni...
































Peta ni nk memudahkan kita nk round sekitar tanah tinggi cameron higland yang terkenal sebagai antara kawasan yang sejuk di Malaysia..Kalau ngan rumah di Ipoh tu x brapa jauh sangat laa..

Sunday, April 12, 2009

Perihal Di Tempat Kerja Baru ( JPJ Perak )


SURAU JPJ PERAK
BANGUNAN INDUK JPJ PERAK
BANGUNAN PUSAT KHIDMAT PELANGGAN- SESIAPA YANG INGIN TAHU ATAU PERLU BANTUAN TENTANG URUSAN JPJ BOLEH TERUS KE BANGUNAN INI
BAHAGIAN PENGUATKUASA JPJ PERAK
KENDERAAN YANG DIGUNAKAN KETIKA HENDAK MENJALANKAN OPERASI .....

MENERANGKAN SASARAN YANG AKAN DICAPAI SEMASA OPERASI DIJALANKAN ...
DI BILIK GERAKAN SEBELUM MEMULAKAN TUGAS .....








HARI PERTAMA LAPOR DIRI...CAP JARI SEBAGAI PENGGANTI PUNCH KAD....

Thursday, April 9, 2009

Jangan Kita Sangka Buruk.....


Sangka buruk sememangnya haram dan berdosa . Ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk pada hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya...

Sedarlah...
Jangan kita terlaku menyangka seseorang itu terlalu lemah hanya kerana dia tidak terpelajar, tidak memiliki ijazah yang berjela-jela....Apatah lagi untuk menulis yang bukan kepakaran darinya..

Percayalah..
Ilmu itu perlu dicari..bukan sekadar berbangga dengan apa yang kita ada..oleh itu hindarilah prasangka buruk pada seseorang akibat terlalu ghairah dengan kebolehan yang kita ada..

Oleh itu..
Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan jangan terlalu ego dengan kebolehan yang kita ada. Allah lebih mengetahui segala-galanya yang ada dalam hati kita..Tiada untungnya kita prasangka buruk terhadap teman sekerja, sahabat ,jiran-jiran , lebih-lebih lagi kaum kerabat atau pun keluarga kita sendiri..

PERNAHKAH KITA MENANGIS...?


Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

· Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

· Menangis kerana rasa takut.

· Menangis kerana cinta.

· Menangis kerana gembira.

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah.

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

· Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

· Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

· Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

· Apabila dahinya berpeluh.

· Air matanya berlinang.

· Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya